t>

Breaking News

"Tu Makan Dia", Netizens Pertikai Polis Pencen Politikkan Kebakaran Pusat Tahfiz.

"Hasil kebodohan lebai lebai. Dari warden sampai le pengetua pusat tahfiz..bodoh dan bahlol..itu makan dia..yang tahu..kutip duit. Asrama 1 pintu..tak ke bahlol tu..yang hantar anak pun tumpang bangang," itulah komen yang membuatkan sebilangan netizens menjadi berang dengan menyifatkan individu berkenaan tiada hati perut.

Sambil mengkritik secara terbuka, individu itu turut berkongsikan gambar-gambar sensitif mangsa di laman sosial miliknya.


Meskipun ramai yang tidak dapat memberikan komen di status tersebut, netizens memilih berkongsikan post berkenaan dengan tujuan mengkritik.

"Bodoh orang tua jebon neh takde anak kot. Agak-agaklah upload gambar pun. Blurkanlah gambar orang yang terbakar tu. Fikir perasaan mak bapak," kata Liana.

Manakala, Khairul Yoi pula menulis, "Kalau lebai bodoh yang kau terikut bodoh pergi kaitkan dengan keluarga mangsa buat apa dalam waktu-waktu macam ni? Jadi polis pon bangang tak pikir perasaan orang. 

Semua kau nak politikkan agak-agak waktu jimak dulu mak bapak tak baca bismillah agaknya. Dah tua-tua ni bawak-bawak la sifat empati tu sikit. #pdrm tegur sikit anggota korang ni. Buat malu la," katanya. 

Respon netizens
Hasil semakan penulis mendapati kemungkinan besar pihak yang dikritik pro kepada parti pembangkang dan 'lebai-lebai' yang dimaksudkan mungkin merujuk pada pihak-pihak yang mengajar agama, yang berkecenderungan menyokong PAS. - Sozcyili.