Apabila Sekolah Mula Mendidik Pelajar Untuk Menjadi Korup & Penipu..
Oleh : Warga Prihatin
Luahan hati seorang rakyat Malaysia yang dipetik daripada facebook peribadi beliau ini membuat ibubapa terkesima. Perenggan awalnya akan membuat kita ‘gemuruh’ bila ia melibatkan soal ritual agama. Tajuknya berbunyi,
‘WHEN CORRUPTION IS TAUGHT AT SCHOOL’
Astro Awani sedang mewawancara Majlis Professor Negara tentang isu negara Oman yang menarik balik semua pelajarnya di 4 IPT Malaysia termasuk sebuah IPTA. Pada masa yang sama, sedang hangat juga isu SIJIL PALSU dari universiti kita.
Di peringkat sekolah pun sedang hangat isu yang sama. Nampaknya Kementerian Pelajaran Malaysia sudah tidak boleh tunggu lagi. Sistem pendidikan negara ini perlu di ‘overhaul’ segera.
Gambar - Warga Prihatin |
*Apabila Guru............*
1. PT3 anak aku bermula hari ni tapi aku sikit pun tak terasa excited. Bacaan Yasin dan solat hajat sekolah aku boikot. Doa sendiri2 utk anak aku pon aku tak buat specifically utk "berjaya PT3". Just doa general "penyejuk mata" je.
Ini adalah kerana aku bengang giler.
Ini adalah kerana aku bengang giler.
2. Anak aku dapat 9A trial PT3 hari tu, tapi aku tak cakap Alhamdulillah pon. Buat apa? Tak layak utk aku memuji Allah sekiranya result itu adalah result haram. Kerana cikgu2 telah kasi "hint"=soalan bocor utk kesemua subjek2 tersebut.
3. Skrg ni Muhammad tengah ambik paper BM. Drp "hint" yg dia dapat, soalan karangan adalah pasal "Kelebihan Buah-Buahan Tempatan" ke gitu. Peribahasa dan ayat2 kesalahan tatabahasa pon cikgu dah ajar.
4. Pasni dlm pkul 11 am, paper Math pulak. Cikgu2 sekolah dah seminggu pulun sakan satu "mock paper" yg katanya "seakan-akan" soalan PT3, kecuali dia ubah nama dan nilai angka. Tapi soalan dan KBATnya sama. Anak aku ada ter-usha "latihan" budak2 sekolah lain waktu study di public library, sekali sebijik jugak bro.
5. Besok pagi English, karangan adalah pasal 'report on school clean-up'=gotong royong. Pastu Science plak salah satu soalan KBAT dia adalah pasal roda, kereta dan belon, mcmana nak aksi gerak laju ke gitu. Lusa KHB dan Agama Islam, cikgu2 dah kasi topik2 specifik dah utk dibaca, yg lain bole tinggalkan.
6. Bear in mind, soalan PT3 adalah berbeza2 antara sekolah2. Its not standardised and centralised macam kita dulu. So "hint" anak aku, mungkin tak kan keluar kat sekolah anak2 korang. Pejabat pendidikan dah sediakan beberapa set soalan PT3 dan sekolah akan decide dia nak set mana satu, A ke B ke C etc.
7. Pastu sekolah akan print sendiri set soalan pilihan mereka dan ada cikgu yg akan ditugaskan utk check soalan2 tu printed elok ke tidak, soalan2 dia cukup ketidak etc. Haaaa.... di sini ada crack pertama di dalam sistem ni. Kalau cikgu tu corrupt, senang2 dia boleh bocorkan soalan.
8. Petua utk mak bapak bakal pengambil exam utk masa hadapan. Tuisyen sekolah yg last minute seminggu sebelum exam tu jgn kasi anak korang miss. Itu tuisyen 'special', sekolah dia nak kasi tongkat le tu. haha..
9. Jadi.. mana aku tak bengang. Aku dah cuba mendidik anak aku menjadi 'a decent muslim human being', sekali sekolah ajar, 'its okay to 'menipu'.
10. Dah lah batch anak aku ni lah yg satu Malaysia trauma kene re-sit UPSR 2014 kerana bocor besar-besaran dulu tu. Yg cikgu2 dok passing kertas2 soalan sebenar dlm wassap, yg last2 takde sapa pon di dapati bersalah. Yang cikgu2 sebok buat tuisyen malam2 sebelum exam, bukan utk mengajar subjek tu, tapi nak soh budak2 hafal mnemonic A,B,C,D,E skema jawapan.
Kau tengoklah nanti... Batch ni lah yang akan jadi setan terbesar di dalam sejarah negara di dalam korupsi dan pecah amanah negara.
11. Mak bapak plak tak payah lah berlagak innocent. Korang sedar cikgu2 dok kasi soalan bocor setiap kali test kan? Tapi biasalah sifat selfish manusia, its okay kalau corruption tu benefit kita kan? Lagi anak2 dapat soalan bocor, lagi korang suka kan?
Sebab tu lah ada pusat2 tuisyen tertentu yg popular gile di kalangan mak bapak kerana adanya "pelacur2 pendidikan" yg dok menjual maruah profession perguruan negara ni!!
12. Aku memula ingat nak komplen kat sekolah, tapi bini aku sekat. Katanya paper PT3 ni cikgu sekolah tu sendiri yg marking dan then submit the report kpd central. Pastu akan datang external audit yg akan ambik 3 result terbaik dan 3 yg terburuk utk tengok marking cikgu tu ikut standard ke tidak. So in other words, cikgu2 sekolah skang menjadi sangat powerful. Kalau kau gaduh dgn cikgu sekolah kau or rakan2 dia, fuhh bahaya...
13. Tapi aku sebenarnya tak bengang kpd cikgu semata2. Bagi aku dia org pun adalah mangsa keadaan. Punca kepada maslahat ni adalah apabila ahli2 politik di Kementerian menjadikan prestasi exam sebagai KPI guru dan sekolah. Quality murid2 berbeza setiap tahun okay, jadi lojik lah klau prestasi turun naik. Kita tengok anak kita sendiri pon dah nampak. Ada yg pandai dan ada yg lembap. Bukannya makin bongsu makin cerdik punnn.!!
14. Jadi apabila di pressure utk improve setiap tahun oleh guru besar, oleh kementerian bagai, cikgu mana lah yg tak crack. Stress jadi cikgu ni wei, kita tak boleh imagine. Tiap kali aku gi amik anak kat sekolah trasa macam dalam zoo. Kalau aku yg jadi cikgu, aku dah masuk penjara dah skang ni kot sebab aku dah bunuh 2-3 ekor students.
15. Jadi PT3 anak tahun ni, aku lepak je lah. Apa2 result dia pon, aku akan remind anak aku sebagaimana aku nasihat dia slepas trial haritu. Sistem corrupt, cikgu corrupt, maka result kau pon corrupt.!!
Its not a real indication of how clever you are. Just how much you can remember soalan2 bocor yg cikgu kau ajar. Pasrah je lah. Welcome to Malaysia, where corruption is taught at school.
_______________________
_______________________
P/S: Aku withhold post ni kat fb sampai anak aku balik utk tanya dia keluar ke soalan2 bocor yg cikgu2 kasi tu?
Jawapannya Hell Yeah!!! For both BM and Math. Banyak yg sebijik2. Ada yg ayat dia lain skit, tapi jawapan dia tetap sama..!!
Sistem pendidikan negara kita punah bila sekolah hanya mengejar gred sahaja. Nak jaga nama baik sekolah punya pasal, guru sanggup ajar murid 'menipu'. Kerana gilakan status sosial, ada ibubapa yang sengaja 'tutup mata'.
Ke mana mahu kita bawa pendidikan anak-anak ini? Watan jenis apa yang ingin kita hasilkan?
BINCANGKAN… RENUNG DAN FIKIRKAN DALAM-DALAM ..