t>

Breaking News

Kerana Tolong Mangsa Teraniaya, Yusof Azmi, PPIM Dihadapkan Ke Mahkamah.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin dibawa ke Mahkamah Kajang setelah selesai memberikan kenyataan di IPD Kajang berhubung tuduhan menceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd pada Julai lepas.

Malam tadi menerusi LIVE FACEBOOK, Yusof Azmi memaklumkan yang beliau bersama Ali Salimin telah diminta untuk menyerah diri ke balai polis Kajang selepas laporan polis dibuat terhadap PPIM oleh pemilik perniagaan AGR Trade.

Dan pagi tadi beliau sekali lagi memaklumkan hal tersebut menerusi halaman facebook rasminya.



Dalam pada itu, PPIM turut memberikan penjelasan mengenai kes yang menyebabkan Yusof Azmi dan Ali Salimin didakwa. 




"Julai lalu, sebanyak 150 buah kenderaan telah berjaya dikeluarkan semasa serbuan Unit Tindakan Khas PPIM ke Premis AGR Trade Sdn Bhd yang terletak di Kajang". 

"Malahan sebanyak 200 aduan telah diterima berhubung penipuan yang telah dilakukan syarikat terbabit terhadap lebih 1500 mangsa. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pemilik syarikat terbabit yang dikenali sebagai 'Kabi' yang dilihat seolah-olah 'kebal' sehingga pihak yang cuba membantu pengguna pula yang ditahan dan dituduh menceroboh," kata PPIM dalam satu kenyataan di Facebook.

Netizens luahkan kemarahan

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizens meluahkan perasaan marah yang bercampur emosi berikutan pertuduhan yang dihadapi oleh Yusof Azmi dan Ali Salimin. 

Ada di antara mereka yang mengaitkan tindakan tersebut dengan pendedahan 9 dragons yang dibuat oleh PPIM baru-baru ini. 

"Nampak sangat 9 dragons tu pengecut main kotor macam ini. Kalau undang-undang berpihak pada penjenayah tu taktau la nak cakap Malaysia ini negara Islam ke negara kafir. Polis tu polis Malaysia ke polis pemimpin?," - Cik Puan Fiza 

"Penjara tempat orang yang jahat, orang yang bersalah, tapi hari ini dah terbalik orang yang baik dipenjarakan. This is Malaysia," - Khairul Sham 

"Beza pejuang sebenar dengan pejuang lakonan.. pejuang sebenar bilamana terjah penipu atau membenteras maksiat akan disiasat dan didakwa, manakala pejuang lakonan terjah premis judi tapi tiada apa-apa dakwaan yang disabitkan. Hanya lakonan ditangkap di balai terus senyap. Tiada dakwaan dimana-mana seksyen siksaan yang seperti apa yang berlaku sekarang ini oleh aktivis PPIM!!!," - Pak Ngah 

"Yang tegakkan keadilan dan membantu mangsa teraniaya kena tangkap tapi orang yang aniaya rakyat lak di bebaskan. Apa punya LAW kat Malaysia ini," - Mohd Fendy 



Dalam perkembangan berkaitan, wakil PPIM turut menjelaskan bahawanya kehadiran PPIM ke premis AGR Trade pada Julai lepas sebenarnya selepas satu laporan polis dibuat berhubung isu penipuan dan mereka hadir ke premis dengan ditemani oleh pihak polis. Perkara itu akan dibangkitkan apabila mereka berhujah di mahkamah kelak. - SoZPress.