t>

Breaking News

Air Kencing Warna Hijau Angkara Makan Produk Tak Berdaftar..

Oleh : Dr. Rafidah Abdullah

BAHANA PRODUK TIDAK BERDAFTAR

Ini contoh bahana produk tak berdaftar, mengandungi methylene blue. Air Kencing warna hijau! Pesakit masuk ICU, sebab masalah asal tak baik-baik pun, malah bertambah teruk lagi. Kenapa lah masyarakat kita sanggup mengambil risiko sebegini rupa.

Cukup-cukup lah. Nak elakkan penyakit? Gaya hidup sihat cukup. Tak payah nak ambil apa-apa produk buatan manusia.



 
Yang menjanjikan bulan, bintang, universe, galaxy lagi jangan percaya. Maksudnya mereka masuk kan benda terlarang lah, pendapat saya.

Founder atau produk yang pasukannya menjanjikan kekayaan lagi jangan percaya.

Anda akan terjerumus ke dalam gaung duitan yang akan mengelabui segalanya, sampai apa yang kami Pakar cakap pun mereka menidakkannya.

Saya berpendapat mereka ingin menebalkan kocek sendiri di atas kesengsaraan orang lain. Sikit pun mereka tidak kisah dengan kesihatan anda.

Insyaallah saya doakan masyarakat kita akan terus celik mata dan terbuka hati ke arah jalan yang benar.

Mari kita semua doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi