Safiq Rahim Perlu Meminta Maaf Secara Terbuka - Serbegeth Singh.
Tindakan mengeluarkan kata-kata kesat, Safiq Rahim selaku ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air.
Menurut pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh, Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud ‘kemaluan wanita’, lapor Harian Metro.
“Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.
“Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.
“Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu,” katanya.
Sabtu lalu, anak buah Ulisses Morais beraksi cemerlang dalam final menewaskan skuad Helang Merah 2-0 untuk menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada 2013.
Walaubagaimanapun, malam tersebut sedikit tercemar selepas tindakan Safiq mengeluarkan kata-kata kesat di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan mereka di Stadium Shah Alam.
Tambahnya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.
“FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.
“Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT,” tambahnya.
Sebelum ini insiden sama pernah berlaku, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair play’.