Disebabkan PPIM Dapat Peruntukan 500K, Yusof Azmi Dimaki Babi Oleh Netizens.
Semalam Zahid ketika berucap merasmikan penutup Forum Pengguna Ke-7 di Menara Felda, Kuala Lumpur mengumumkan peruntukan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.
Menganggap peruntukan itu sebagai fardu kifayah, Zahid berkata wang itu akan digunakan bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah pengguna yang berdepan dengan syarikat pinjaman tidak berlesen (Ah Long) dan membanteras perjudian haram.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan penyokong-penyokong PPIM yang menunjukkan reaksi pelbagai dengan pengumuman tersebut.
Ada yang beranggapan wang 500,000 itu sebagai bentuk dedak, rasuah, ataupun gula-gula untuk membeli perjuangan PPIM sehingga tergamak mengelar aktivis popular PPIM Yusof Azmi dengan gelaran babi.
Disebabkan dikritik bertubi-tubi oleh sebahagian netizens, Yusof Azmi tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu peruntukan 500,000 itu kepada semua.
Ada banyak biro, yang dapat itu pusat
"Jadi yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami (hanya) jadi aktivis."
"Dan dalam program tu saya tiada kan. Jadi faham-fahamlah. Saya pun hanya datang hanya untuk bercakap tentang kos sara hidup," jelasnya.
Hormat semua pihak tapi mahu tindakan diambil
"Saya menghormati ulul amri. Saya menghormati Perdana Menteri. Saya menghormati Timbalan Perdana Menteri. Saya menyuarakan masalah rakyat.
Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kata, bila saya kritik, bila saya tegur tu adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan)," tambahnya lagi.
Diserang cybertroopers, dituduh buat duit
"Kadang-kadang kita lihat, ada cyber-cyber trooper yang tiba-tiba menghentam kami, organisasi kecil kami ni, yang membawa brand 1Malaysia ini, mengatakan kami nak buat duit".
Cuba bagitau dengan kami ni. Selama tujuh tahun saya kendalikan unit tindakan khas (PPIM), kat mana yang mengatakan kami buat duit. Kami memperjuangkan isu pengguna".
"Kalau nak ikutkan, kalau nak buka rahsia, banyak rahsia saya boleh bagitau. Biarlah benda tu saya simpan sendiri. Sebenarnya lima ratus tu sedikit. Patut nak bagi seratus juta, dua ratus juta baru la puas hati. Baru saya boleh selesaikan masalah Ahlong, masalah pengadu-pengadu saya. Ataupun saya tolong orang rumah-rumah terbengkalai yang ditipu bank dan sebagainya," luahnya lanjut.
Tidak akan ambil duit tu, ia bukan haram tapi ia duit untuk bantu rakyat
“Saya Insya Allah, saya janji saya saya tak ambil RM1 pun, Insya Allah, bukan sebab saya tak ambil sebab duit itu haram, tidak, tapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima.
“Mungkin yang patut terima adalah tuan-tuan, tetapi kita tak nafikan jika pengumuman itu dibuat, YAB Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi memberi kepada PPIM itu kita ucap terima kasih” katanya lagi.
Digelar babi
"Saya ni kasihan saya tuan-tuan. Kat dalam Facebook sekarang ni semua cakap saya babi. Semua cakap saya babi dah. Kat dalam group semua ingat saya ambil. Kalau saya nak ambil demi Allah daripada join persatuan saya dah ambil.
Saya tak ambil tuan-tuan, insya-Allah. Saya bukan kata saya kaya, saya baik tapi saya tak ambil. Boleh check la saya tak ambil. Saya dah kena babi dah kena macam-macam. Apa yang saya buat untuk rakyat," jelasnya.
Baik ambil rasuah
"Seorang anggota polis ambil rasuah takanlah seluruh organisasi itu dikatakan korup. Kena fahamlah. Janganlah tohmah saya babi dan sebagainya pasal saya ni orang biasa. Yang buat saya sedihnya sebab saya tak ambil.
Saya AHLONG nak bagi satu syarikat 60,000. Ada beratus syarikat kat Kuala Lumpur, baik saya ambil rasuah.
"Saya tak mengatakan duit dari kerajaan itu rasuah, tak. Tapi saya tidak menerima imbuhan itu," jelasnya lanjut.
Sebelum ini pernah diumumkan peruntukan 5 juta
"Tahun lepas pun ada umum nak dapat 5 juta tapi tak dapat," katanya lagi.