t>

Breaking News

Feri 440 Tan Terdampar Atas Darat Selepas Ditolak Oleh Ombak Kuat.

Sebuah feri 440 tan terdampar di atas pelabuhan besi hari ini selepas ditolak oleh ombak kuat yang berpunca dari angin kuat di Pulau Pinang, lapor The Star.

Seorang pegawai di pelabuhan itu memberitahu The Star Online bahawa feri itu dipukul ombak sehinnga bahagian hujung feri terbabit melanggar terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim

"Kami menyaksikan ia ditolak oleh ombak  sehingga naik ke dok. Kami tidak pernah melihatnya berlaku sebelum ini" katanya sambil menambah ia mungkin mustahil untuk menolak feri itu kembali ke laut.

Tambah beliau, ombak dalam kejadian awal pagi tadi itu sangat 'luar biasa'.