Penyokong JDT Sebarkan Mesej Sokong Tindakan Safiq Yang Lepas Geram Dengan Mencarut..
Oleh : JDT Underground News
GUA CHAMPION SIAL!
Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan simpati tatkala mendengar Kapten JDT, Safiq Rahim menjerit meraikan kemenangan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
"To all haters. Pundek. Gua champion sial! Babi anak haram" jerit Safiq penuh kepuasan sambil dipeluk oleh pemain lain dalam saat yang penuh beremosi buat dirinya dan rakan-rakan itu.
Gambar - JDT Underground News |
Natijah luahan spontan daripada seseorang yang menanggung tekanan maha hebat akibat dibenci ramai hanya kerana menjadi pemain JDT selama ini.
Kelihatan begitu puas sekali beliau kerana berjaya membuktikan sesuatu kepada pembencinya walaupun "haters" kata beliau cuma menang piala sampah.
Tak perlu saya sebut satu persatu apa yang "haters" buat kepada Safiq kerana secara realiti ia difahami semua memandangkan hampir setiap rakyat Malaysia memiliki akaun media sosial.
Jika kasar kata Safiq kepada "haters"nya malam itu, kasar lagi kata-kata, carutan maki hamun segala bagai dan penghinaan yang diterimanya selama ini.
Kata pujangga "Haters lika parrots, talk much, cannot fly"
Saban hari Syafiq dicemuh di media sosial oleh pembencinya. Kemahiran dan kemampuannya sebagai pemain bola sepak diperkecilkan.
Gambarnya diedit seburuk-buruk rupa sebelum disebarkan untuk diejek-ejek oleh orang ramai.
Rezekinya selaku duta Power Cat dipandang rendah, dihina dengan segala macam kata-kata nista dan kutukan.
Bayangkan betapa kecewa diperlakukan demikian. Bayangkan pula tekanan yang turut terpalit pada ahli keluarga jika dihina sebegitu teruk.
Saya masih ingat Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pernah mengalami nasib sama sewaktu menyarung jersi JDT.
Bagaimanapun saya percaya, seperti saya, sebilangan rakyat Malaysia memahami mengapa perkataan kata itu boleh terkeluar daripada mulut Syafiq.
Mereka yang pernah dicemburui, dikutuk rakan-rakan di sekolah atau universiti kerana lebih cemerlang dalam pelajaran pasti memahaminya.
Mereka yang pernah dicemburui, diperlekehkan oleh rakan-rakan sekerja kerana lebih rajin dan komited pasti memahami.
Mereka dan keluarga mereka yang pernah dicemburui, diganggu hanya kerana tampak bahagia juga pasti memahaminya.
Mungkin pada Syafiq kejayaan beliau yang paling utama pada malam itu adalah berjaya 'menewaskan' pembenci-pembencinya dalam erti kata yang lain.
Namun jangan salah faham. "Haters" tidak akan pernah berhenti - "Winners focus on winning. Losers stay focus on winner" - maka benarlah mereka ini pundek dan anak haram!