Artis Tak Usah Berpolitik, Pandangan Qi Razali Dibidas Netizens Sampai Dia Tutup Akaun Twitter.
Qi Razali, bekas pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dikecam oleh ramai netizens selepas mempersoalkan hak selebriti memberikan pandangan mereka dalam isu politik.
Qi yang menulis di media sosialnya berkata orang seni tidak perlu bertengkar di laman sosial tentang isu politik kerana hanya mengundang salah faham dan menyebarkan kebencian di kalangan pengikut masing-masing.
"Kenapa orang seni bertengkar tentang politik di media sosial? Tidakkah mereka mengetahui yang mereka hanya menyebarkan kebencian dan salah faham? Tolonglah artis yang mempunyai jutaan pengikut. Fikir 100 kali sebelum tweet terutamanya sekali isu yang membabitkan perkauman dan politik. Nak bising masuk politik", katanya pada semalam.
Bagaimanapun ramai netizens tidak dapat menerima kenyataannya dan membidas kembali pandangan pengacara itu.
"Takan tweet sikit pasal keadaan di Malaysia dah kena masuk politik bro, chill la," respon Nur Shakira.
Bagaimanapun Qi mempertahankan kenyataannya dengan mengatakan orang politik tidak pernah masuk campur urusan seni.
"Ibarat nak mengajar kambing berburu la. Ahli politik pernah ke kritik filem Malaysia takde kualiti walaupun itu hakikatnya? Tak. Isi negara bukan hal twitter," ujar Qi.
Respon kedua Qi bagaimanapun mengundang respon yang lebih teruk dan ganas daripada netizens selepas itu.
"Qi Razali ni baru masuk Semi Superb Teraju dah macam-macam. Kalau menang RM500k, entah-entah jadi Azwan Ali terus," tulis Mutalib Uthman ataupun lebih dikenali sebagai Abang Mut.
"Sheila/Fathiya/Adibah/Daphne/Sarimah tweet pasal politik, kena kecam/kutuk memacam steady jer diri tegak. Qi Razali terus 'user not found'. Muahahaha Toldcha, pompuan gak steady tak goyang beb!," respon Cik Teh.
"Qi Razali adalah contoh kebodohan FB yang masuk ke Twitter," kata The Visitor pula.
"Yuna mesti bersyukur Qi Razali tinggalkan dia dulu," komen Pikajue.
Untuk rekod, akaun Twitter Qi Razali tidak dapat diakses selepas Qi menerima asakan bertubi-tubi dari netizens yang mempertikaikan kenyataannya itu.