t>

Breaking News

"Lori Bawa Laju Sampai Tak Boleh Brek," - Tiga Beranak Jadi Mangsa Treler Cuai.

"Dakwa pemandu lori itu kerana cuai. Tangkap dan penjarakan dia". Itulah antara respon netizens yang marah dengan kejadian malang yang mengorbankan tiga adik beradik sekaligus termasuklah pasangan kembar berbeza jantina.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, tiga maut, dua parah serta tiga cedera selepas treler membawa sisa ikan merempuh empat kenderaan iaitu Nissan Grand Livina, Honda HRV, Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang berhenti ketika lampu isyarat merah.



Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun dan kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22. 

Difahamkan, bapa serta ibu mereka iaitu Ismail Yaacob,53, dan Zarina Yong,44, parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala seorang lagi adik beradik mereka Nur Ain Harizah,13, cedera. 

Dua lagi mangsa menaiki Nissan Grand Livina turut mengalami kecederaan.

Menurut kenyataan saksi, treler tersebut dipandu laju dan gagal memberhentikan kenderaannya ketika tiba di lampu isyarat merah. 

"Balik dari kuala kangsar. Ada eksiden dekat Lenggong. Allah lindungi saya dan famili. Kami lambat sikit sebab tertinggal barang. Kalau tidak, tidak tahu la. 

Alfatihah kepada magsa yang meninggal. Lori tu Allahu bawak laju sampii tak bole brek.. orang yang tak salah jadi mangsa.. depa ramai nak taboh tadi tapi polis tak bagi. Sedih anak-anak dia 3 orang meninggal di tempat kejadian...😭😭😭😭 Innalillahiwainnailaihirajiun...tak mampu tolong lebih cuma dapat bagi payung untuk payung jenazah mangsa," tulis saksi di tempat kejadian. 

Saksi yang dikenali dengan nama Fina turut berkongsikan rakaman video di facebooknya selepas insiden malang yang meragut nyawa tiga beranak itu berlaku.

Treler dan kelindan bagaimanapun dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.  

Turut dilaporkan terdapat orang awam yang tidak berpuas hati selepas mendapat tahu punca kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa itu. Orang awam mahu 'membantai' pemandu lori dan kelindan kerana berasa marah. Bagaimanapun tiada insiden yang berlaku selepas polis bertindak mengawal keadaan. - SoZPress.