t>

Breaking News

Bakar Kereta Rakan Sekerja, Pukul Anak Majikan Gara-Gara Lambat Dibayar Gaji.

SEORANG lelaki mengamuk membakar kereta rakan sekerja dan memukul anak majikannya semalam, kerana tidak berpuas hati selepas dimaklumkan gajinya lambat dibayar.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, kejadian berlaku ketika sekumpulan buruh binaan berkumpul di tapak pembinaan di Jalan Aman, Sibu, untuk mengambil gaji mereka pada 3.50 petang.
Gambar - Harian Metro
Menurutnya, ketika menunggu gaji itu, pengurus tapak projek pembinaan berusia 24 tahun yang juga anak kepada majikan buruh terbabit, memaklumkan gaji mereka belum dapat dibayar.
Katanya, suspek yang berusia 30-an tiba-tiba mengamuk, namun rakan sekerja berusia 35 tahun bersama isteri berusia 47 tahun, cuba menenangkannya. 
“Namun suspek bertindak agresif menyerang rakan sekerjanya serta memukul isteri rakannya itu dengan penyapu dan membaling batu bata mengenai perut wanita itu. 
“Lelaki itu turut membelasah pengurus tapak projek pembinaan. Sebelum melarikan diri, dia membakar kereta Perodua Kancil milik rakan sekerjanya,”  katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zailanni berkata, ketiga-tiga mangsa yang dibelasah lelaki terbabit cedera ringan dan polis kini sedang memburu suspek.
“œKes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api,”€ katanya

Sumber : Harian Metro