Belasah, Tendang, Tumbuk Pemandu Ambulance, Jururawat - 3 Mat Rempit Serah Diri.
Berita Mat Rempit yang menyerang pemandu ambulans yang menegur agar memberikan laluan kepada kenderaan itu di jalanraya mendapat perhatian warga netizens. Ini kerana pemandu itu dipukul dan cedera dibahagian muka selepas memberikan teguran itu. Jururawat juga ditendang oleh kumpulan tersebut.
Susulan tularnya berita itu, NSTP pada semalam melaporkan tiga mat rempit yang didakwa menyerang dan memukul pemandu ambulans dan jururawat yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke hospital itu telah ditahan dan direman sehingga ahad ini.
Menurut laporan itu, ketiga-tiga mat rempit itu adalah pelajar yang berusia di antara 17 hingga 20 tahun. Ketiga-tiga mereka juga diserahkan oleh ahli keluarga masing-masing ke balai polis.
Terdahulu media arus perdana melaporkan pada ahad lepas, lebih kurang jam 1.40 pagi, seorang pemandu ambulans yang berusia 53 tahun telah diserang selepas meminta sekumpulan mat rempit memberikan laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping.
Insiden itu dikatakan berlaku berhampiran di Plaza Tol Taiping Utara. Arahan yang dikeluarkan melalui pembesar suara itu bukan sahaja tidak diendahkan oleh kumpulan berkenaan, mereka kemudiannya bertindak menyerang pemandu ambulans dan jururawat yang berada di dalam kenderaan terbabit.
Kumpulan itu didakwa mengelilingi ambulans tersebut; didakwa enam orang kesemuanya. Salah seorangnya kemudiannya terjatuh ketika mengelilingi ambulans tersebut dan bertindak membuka pintu kemudiannya menyerang pemandu ambulans tersebut.
Selepas memukul dan menendang jururawat dan pemandu ambulans, kumpulan mat rempit itu melarikan diri apabila kenderaan lain yang lalu di jalan berkenaan menyedari insiden tersebut.
Pemandu ambulans yang cedera itu dilaporkan menerima 4 jahitan di keningnya. - SoZPress.