Tiga Beradik Maut Kemalangan Selepas Hantar Ibu Bapa Menunaikan Umrah.
Tiga adik beradik terbunuh dan dua ahli keluarga dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalanraya yang tragik di Jalan Kuantan-Pekan di sini, awal pagi hari ini.
Kesemua mangsa dilaporkan menaiki kenderaan MPV ketika kemalangan berlaku pada jam 5.45 pagi sabtu.
Laporan News Strait Times menyebut, ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu ialah;
1. Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28 tahun;
2. Wan Nor Athirah, 27 tahun; dan
3. Wan Mohd Mahathir, 14 tahun
Kemalangan dilaporkan berpunca dari pemandu Chery MPV yang dipercayai hilang kawalan sambil cuba mengelak dari kenderaan yang datang dari arah hadapan.
Kenderaan MPV itu kemudiannya terbabas, berpusing dan memasuki kawasan parit di Kampung Batu Putih Jalan Kuantan-Pekan.
Turut difahamkan kesemua mangsa berasal dari Terengganu dan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, Padang Lalang, Kemaman, Terengganu ketika kejadian.
Juga dilaporkan ketiga-tiga adik beradik itu baru sahaja menghantar kedua ibu bapa dan saudara terdekat mereka menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua hari sebelumnya. Dari Selangor mereka ke Melaka dan menuju pulang ke Terengganu sebelum maut kemalangan.
Kedua-dua identiti mangsa yang cedera dalam kemalangan itu belum lagi disahkan dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menerima rawatan lanjut. - SoZPress.
Kesemua mangsa dilaporkan menaiki kenderaan MPV ketika kemalangan berlaku pada jam 5.45 pagi sabtu.
Laporan News Strait Times menyebut, ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu ialah;
1. Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28 tahun;
2. Wan Nor Athirah, 27 tahun; dan
3. Wan Mohd Mahathir, 14 tahun
Kemalangan dilaporkan berpunca dari pemandu Chery MPV yang dipercayai hilang kawalan sambil cuba mengelak dari kenderaan yang datang dari arah hadapan.
Kenderaan MPV itu kemudiannya terbabas, berpusing dan memasuki kawasan parit di Kampung Batu Putih Jalan Kuantan-Pekan.
Turut difahamkan kesemua mangsa berasal dari Terengganu dan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, Padang Lalang, Kemaman, Terengganu ketika kejadian.
Kenangan terakhir |