t>

Breaking News

"Eh Bukan You Pakai Seksi-Seksi Ni Nak Suruh Orang Tengok Ke" - Pensyarah..

Oleh : Saiful Nang

PESANAN ABG AJI PADA PEREMPUAN YANG MENCARI SUAMI SOLEH. 
 
Dulu saya seorang pensyarah di Limkokwing Universiti sebelum saya memulakan perniagaan. Kamu tahu kan Limkokwing ni ialah tempat manusia ranggi dan seksi belajar. Sebagai seorang pensyarah bujang, memang kenyang tengok daging orang di situ. Semua jenis pergi kolej nak “dress to kill”. Mana tahan hari-hari tengok sampai berdarah hidung. Sambil mengajar budak jatuhkan pemadam dan kutip balik pemadampun saya pulak kena excuse pergi masuk jamban. Pandangan memang cuba jaga sebaik-baiknya. Bila time exam sahaja, semua rajin jatuhkan pemadam.


Gambar Hiasan
Ini masalah, bila kita nak jaga pandangan, orang lain pulak sibuk belanja. Jangka hayat saya di Limkokwing cuma bertahan 2 tahun sahaja. Saya rasa, membazir masa, tenaga, sabun dan baka-baka yang baik juga. Kita susah nak ubah mereka untuk berpakaian lebih sopan. Kesianlah kepada laki-laki suci yang bujang. Kita ni bukanlah orang baik sangat tapi kita tahulah batas daging halal dan daging haram. 

Satu hari tu, saya dapat idea. Saya cuba kaedah ini. Semasa student-student datang untuk dapatkan tips exam dengan pakaian yang memaparkan sebahagian daging pejal mereka, saya ambil pendekatan untuk merenung kepada pepejal itu. Saya renung tak kelip-kelip. Tiba-tiba student itu jadi malu, dan terus menarik-narik skirt beliau ke bawah sedikit untuk labuhkan dan menutup dada mereka dengan buku dan berkata “Sir…why u look at me like that…scary lah sir”. 

Dengan selamba saya berkata “Ehh..bukan u pakai seksi-seksi ni untuk orang tengok kan? bila orang dah tengok…u cakap scary pulak. Awak sudah belanja…orang sudah tengok u pulak tarik kasi tutup”. 

Esoknya, saya lihat budak itu dah mula pakai baju labuh dan menutup semua bahagian sensitif. Cuma tudung jer tak pakai. Tapi kalau standard Limkokwing, tak pakai tudung tu bearable lagi, yang bergetar lutut bila yang tak pakai bra pun ada. Dalam hati saya…ok saya berjaya buat 1 orang berubah. Tapi, petang keesokan itu saya dipanggil oleh head department dan saya diberikan nasihat untuk “jangan obvious sangat”. 

Pelik pulak, macam orang belanja makan. Bila kita makan…dia report pulak. Mesej besarnya ialah, tolonglah perempuan jika kesalahan merogol itu janganlah letak 100% pada lelaki. Berapa kerat orang yang berjaya tahan nafsu tengok daging pejal yang haram dalam keadaan dia sendiri tak ada daging halal. Bukan di Limkokwing sahaja, tapi dalam majlis kahwin orang Melayu pun banyak pameran daging. Ada yang expose terus ada yang wrap tapi elok jer ikut bentuk.

Benar seruan kepada lelaki untuk tundukkan pandangan. Tapi kalau mengajar di Limkokwing atau jalan di Bukit Bintang atau di majlis-majlis kahwin orang Melayu kita semua lelaki kena tundukkan pandangan, memang habislah semua benda kita langgar. Kita tunduk kerana nampak daging di depan nanti daging keluar ikut tepi, tunduk ikut tepi dia keluar ikut belakang. Macammana nak tundukkan pandangan? 

Orang Melayu pula bila kenduri kahwin suka pakai yang ketat dan revealing. Ini nasihat abg sebagai lelaki suci ye. Kalau awak berpakaian sebegitu untuk cari calon suami, pasti quality lalat jer lah yang kamu dapat. Makanan kalau terdedah, yang nak hurung, lalat jer. Lepas dah hurung…lalat bertelur dan blah. Tapi kalau kamu tutup menutup…evaluation kamu sebagai isteri yang solehah oleh seorang lelaki yang soleh ialah BUDI bukan BODY. InsyaAllah…baiklah seluruh perkahwinan kamu. 

Jika tak faham pesanan ini. 
Sila celup muka dalam besen sekejap. 
Lepas tu, baca balik. 

Sekian