t>

Breaking News

Hospital Shah Alam Kejam, Sampai 6 Jururawat Datang Serang Ibu Mengandung?

Oleh : Fahmi Hassan
Agak kecoh apabila ada seorang wanita yang menggelar diri sebagai seourang 'Doula' menaikkan status mengecam Hospital Shah Alam kerana kononnya staf di bilik bersalin kejam.

Pihak Hospital Shah Alam telah memberikan maklumbalas dengan pantas. Tuan puan boleh baca kenyataan tersebut di page rasmi Hospital Shah Alam.
Saya buatkan ringkasan berdasarkan apa yang ditulis oleh pengadu dan apa yang dijawab oleh pihak hospital. Boleh rujuk nombor dalam gambar status yang saya muatnaik.
1. Pengadu mengadu yang staf di hospital kejam tapi mengaku yang 'anak didik' beliau telah SELAMAT bersalin di sana.
2. Status pengadu menunjukkan beliau seorang yang bertanggungjawab ke atas pesakit. Tapi nampaknya beliau hanya mampu menghubungi pesakit melalui WHATSAPP sedangkan staf di hospital merawat pesakit secara fizikal di hospital pada jam 4.30 PAGI. Siapa lebih BERTANGGUNGJAWAB?
3. Pengadu berkata doktor melayan mereka dengan teruk setelah mereka menerangkan 'birth plan'. Namun begitu melalui kenyataan pihak hospital, 'birth plan' tidak diterangkan lebih awal menyebabkan perbincangan tidak dapat dilakukan kerana proses kelahiran telah pun bermula. Jelas pengadu tidak mendidik 'anak didik' dengan betul untuk berbincang mengenai perkara ini kepada doktor dengan lebih awal dan pada masa yang sesuai.
4. Pengadu menyebarkan cerita yang tidak berasas. SUAMI pesakit sendiri tidak bersetuju isu ini ditularkan sebegini rupa.
5. Pihak hospital mempunyai SOP yang jelas dan siasatan mendapati staf telah mematuhi SOP yang disediakan bagi memastikan ibu dan bayi selamat.
6. Pengadu berkata ibu ini bukan ibu berisiko dan proses kelahiran tersebut dicepatkan tanpa keperluan. Adakah beliau ada di sisi pesakit? Adakah beliau tahu apa yang sedang dialami pesakit? SAMA SEKALI TIDAK. Kerana beliau TIADA KELAYAKAN LANGSUNG untuk menilai keadaan pesakit pada masa tersebut.
7. Pengadu menggelar diri sebagai "CHILDBIRTH EDUCATOR". Bagi saya adalah apa yang berlaku adalah beliau cuba memberi justifikasi kepada follower beliau. Maklumlah kelas beliau berharga RM700. Kalau birth plan yang dia cadangkan tak dapat dipatuhi oleh pihak hospital, mesti follower sedar yang plan beliau itu bukan sesuatu yang berasaskan bukti klinikal serta menjamin kesalamatan bayi dan ibu.
8. Pengadu cerita tentang pengalaman beliau membawa 'anak didik' ke Hospital Kulai. Nampaknya pengadu cuma boleh ingat satu atau dua cerita sahaja. Beliau agaknya tak sedar yang staf di hospital yang ditomah itu telah menyambut beratus malah ribuan bayi sepanjang hayat mereka. Layak kah beliau mencabar pengalaman dan ilmu mereka?
9. Pengadu ingin buat aduan rasmi ke pihak hospital. Sebenarnya apa HAK PENGADU? Saya setuju ayah dan ibu buat aduan sekiranya mereka tidak berpuas hati. Tapi KENAPA PENGADU INI MENYIBUK?