Jika Aku Tak Punya Wang RM2,400 Bagaimana Harus Aku Menguruskan Jenazah Adikku..
Oleh : Khazai Abu Bakar
Lama aku berfikir untuk menulis atau tidak hal ini. Hari ini setelah sebulan lebih adik ku kasihi kembali ke rahmatullah aku rasakan aku perlu menulis tentang sikap rakus manusia yang mencari keuntungan ketika insan lain sedang bersedih.
Ketika aku di Masjid Jamek Sultan Abd Aziz, PJ untuk menguruskan mandian jenazah dan urusan transport untuk membawa jenazah adik aku balik ke kampung. Hasrat aku tertangguh sebentar kerana pegawai yang bertugas tiada aku terpaksa menunggu selama hampir sejam.
Dalam pada itu aku sudah dapat 3 kali panggilan dari adik bongsu aku yang menunggu jenazah di nursing home mahukan aku guna khidmat swasta yang menghubunginya untuk menguruskan jenazah adik aku. Aku cuma minta mereka bersabar kerana aku sedang menunggu pegawai masjid ini.
Tiba-tiba aku dapat panggilan dari seorang insan yang menawarkan khidmat pengurusan jenazah. Aku tanya di mana jenazah adik aku akan di mandikan. Katanya di sebuah masjid di PJ juga.
Hari kian suntuk menjelang jumaat. Aku tanya jika tidak mandi terus bawa balik kampung berapa. Dia kata dia buat package itu.
Dia marah aku berurusan di masjid yang saya berurusan sekarang kerana semua yang meninggal dunia di kawasan PJ hanya dia yang uruskan dan masjid yang saya buat urusan ini tidak buat urusan mandian jenazah (tak benar).
Saya tanya berapa harga package ini. Katanya RM2400. Aku kata ok kejap lagi saya konfirmkan balik. Sebaik saja saya selesai bercakap bilal sebuah masjid talipon saya dan tanya jadi tak mandi di masjid berkenaan. Aku tanya berapa belanjanya. Katanya mengikut saudara yang hubungi aku tadi dan bayar pada orang yang hubungi aku tadi.
Aku dah putus asa mahu saja guna khidmat mereka. Aku tak kisah bayar banyak itu jika itu terbaik untuk arwah adik aku.
Mujur sebelum aku bersetuju pegawai masjid itu sampai. Dan aku berbincang dengan cara yang paling pantas. Jenazah adik aku diambil dimandikan di masjid ini dan sempat siap sebaik azan berkumandang.
Kami solat jumaat dan solat jenazah dan jenazah adik aku dibawa balik ke kampung halaman aku. Untuk segala urusan aku diminta bayar Rm900 saja. Aku bagi RM1000 selebihnya sedekah untuk abang driver.
Apa yang mahu aku katakan adalah perkara ini sepatutnya fardhu kifayah. Apa kata aku tak ada duit sampai dua ribu lebih. Macam mana aku mahu uruskan jenazah adik aku.
Terima kasih dan tahniah kepada skuad urusan jenazah masjid Jamek Sultan Abd Aziz. Anda terbaekkk.