Kaya Macam Mana Sekalipun, Usahlah Mewahkan Anak-Anak..
Oleh : Amir Syahir
Mak aku pernah pesan, kalau kau kaya macam mana pun satu hari nanti, jangan sesekali mewahkan anak-anak. Biar dia rasa susah dan tahu macam mana payahnya nak cari duit. Masa tu aku malas nak ambil tahu sangat tentang apa yang mak aku pesan. Tapi bila aku dah ada anak, aku mula berfikir-fikir. Ada betulnya kata mak aku tu.
Kalau anak mintak duit RM10, kau jangan senang-senang je bagi macamtu. Suruh dia buat sesuatu untuk dapatkan duit tu. Contohnya, suruh anak buang sampah, basuh pinggan atau cuci bilik air. Biar dia tahu susahnya nak dapat duit. Bukan bila minta je dapat.
Bila anak dah besar, dapat lanjutkan pelajaran ke universiti, aku tak berapa berkenan dengan ibu bapa yang belikan anak dengan kereta. Bukan apa, berdasarkan pengalaman aku, kawan-kawan aku yang ada kereta ni langkah lebih panjang.
Setiap minggu mesti keluar dating dengan pakwe/makwe. Takde duit minta dengan mak ayah. Kalau kau yang jadi mak ayah tu, apa kau rasa? Kau penat lelah cari duit, bagi kesenangan untuk anak supaya dia mudah belajar tetapi dia keluar dating, habiskan duit.
Tak susah pun kalau takde kereta. Ramai je pelajar kat universiti yang takde kereta, boleh je hidup. Setiap sem siap dapat dekan lagi. Kawan aku dulu anak profesor. Sekali kat universiti pakai motor biasa je. Hujan panas naik motor tu je.
***
Lebih baik kau simpan duit untuk pendidikan anak-anak daripada mewahkan dorang macam tu. Itu lebih baik. Menabung untuk masa depan diorang. Tapi, jangan tunjuk duit tu kat dorang. Nanti dorang rasa dah banyak duit, senang-senang nak habiskan.
Tak salah mewahkan anak-anak, tetapi biar berpada. Jangan sampai suatu hari nanti kau yang akan menyesal dengan perbuatan kau.
Jangan ikut sangat permintaan anak kau tu. Minta itu ini terus bagi. Nanti susah sikit pun tak reti nak berdikari.
Ajar anak supaya bertanggungjawab dan hormati orang lain. Supaya dia tak hina kawan-kawan dia yang hidup tak mewah.
Mak ayah aku dulu bukan orang senang pun. Takde bagi harta apa pun. Tapi, mak ayah aku sediakan aku dengan ilmu dan dengan ilmu itulah aku belajar bina hidup sendiri. Aku tak diajar hidup dalam kemewahan pun.
Ini pendapat aku. Kalau kau tak boleh terima takpe. Masing-masing ada cara sendiri untuk besarkan anak-anak dan beri yang terbaik untuk anak masing-masing. Kah!