t>

Breaking News

Pegawai Khas Exco Perak Maut Kemalangan.

Oleh : Bernama
Seorang pegawai khas kepada exco Perak, isteri serta adiknya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Bota di Parit, hari ini.
Gambar Hiasan
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin,35, pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, isterinya Norhaslina Abdul Razak,27, dan adik Ahmad Nor Al-Zaidin, Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit semasa tiba di lokasi nahas.
Kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhumban ke dalam tali air… pemandu lori dan kelindannya yang berumur 25 dan 27 tahun selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.