t>

Breaking News

Ibu Kongsi Pengalaman Detik Cemas Anak Hampir Diculik.

Oleh : Shazzy Wanie

Tengok balik gambar anak yang sempat dirakam sebelum kejadian yang mendebarkan siang tadi. Rasa berdebar itu datang kembali. Alhamdulillah say dan anak-anak masih dilindungi Allah SWT. 

Kira-kira jam tiga petang di kawasan kedai Bandar Puchong Jaya, suami masuk parking dan turun sebentar untuk pergi ke kedai printing untuk print beberapa dokumen yang baru teringat perlu diserahkan kepada klien untuk next appointment petang itu. 

Saya menunggu di dalam kereta bersama dengan anak-anak. Melissa seperti biasa, pantang saja kereta berhenti, dia cepat-cepat ambil peluang berpindah ke tempat duduk pemandu dan berangan-angan memandu kereta. Saya dan baby pul berada di seat belakang. 


  1. Sedang saya menyuap baby ketika itu, saya perasan ada sebuah kereta hitam berhenti di belakang kereta. Kemudian salah seorang lelaki dengan cap dan shades keluar daripada pintu sebelah pemandu. 



Sewaktu lelaki itu keluar daripada kereta, sebenarnya saya dah mula rasa tak sedap hati dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Susah nak jelaskan tetapi perasaan seperti perlu berjaga-jaga itu datang tiba-tiba. 

Jadi, saya yang sedang menyuap baby makan ini memang terus memerhatikan pintu kereta dan perasan pintu kereta sudah dikunci. Kemudian saya perhatikan lelaki itu semula and guess what? Dia memang betul datang ke pintu yang aku duduk di tengah menghadap dan suapkan Mikhael (pintu belakang driver. 

Lelaki itu terus tarik pemegang pintu dan cuba membukanya. Saya dah ketakutan sangat pada waktu itu dan terus pandang ke arah Melissa yang duduk di tempat duduk pemandu. 

Waktu itu rasa nak tercabut jantung bila saya baru tersedar yang pintu itu tidak berkunci sebenarnya. Spontan saya terus menjerit "KAKAK!!!!" sambil menonggeng daripada tempat duduk belakang ke depan untuk menekan butang kunci pintu kereta. 

Waktu itu saya menjerit dan mungkin lelaki itu terperanjat dan terus beredar meninggalkan kami. Baby pun menangis. Saya pula dah menggigil ketakutan dan cepat-cepat angkat baby. Bila toleh ke belakang, kereta hitam yang berhenti itu tadi sudah beredar meninggalkan kami. Sumpah terkejut sangat-sangat. 

Cerita saya ini mungkin agak panjang dan kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sahaja. Betul kata orang, kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh terjadi apa-apa. 



Nak buat laporan petang tadi tetapi tidak jadi sebab mengejar masa untuk settlekan appointment dengan dua klien lagi. Kami selesai menguruskan semua itu pun dah lewat petang. Kasihan pada anak-anak yang penat mengikuti sejak awal pagi lagi dari Johor. Lagipun kalau nak buat laporan polis, tak semua detail yang saya tahu. Tak perasan pun sebab semuanya berlaku dengan pantas. 

Sampai sekarang saya terfikir, apa niat lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia nak buka pintu belakang? Kenapa bukan pintu bahagian pemandu? Kalaulah terbuka tadi, dia nak bawa lari baby saya ke? Apa nak buat kalau itu yang berlaku? 

Haish! Bermacam-macam andaian yang terlintas di kepala. Terbayang-bayang pula dengan cerita-cerita yang saya baca sebelum ini. Ibu bapa tinggalkan anak sebentar di dalam kereta pun orang dah bawa anak lari. Nauzubillahiminzalik. 

Sebab itu saya kongsikan pengalaman ini agar ibu bapa di luar sana tidak terleka seperti saya. Walaupun tinggal sekejap saja, walaupun ada orang dewasa temankan anak kecil dalam kereta, jangan sesekali luppa kuncikan semua pintu kereta. Ingat yang kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi. 

Alhamdulillah, Allah lindungi saya dan anak-anak dan diberi peluang belajar sesuatu yang sangat berharga hari ini. Saya tidak akan cuai lagi selepas ini.