t>

Breaking News

Rotan Murid Ponteng Solat, Ustaz Adib Dilokap 5 Hari Dan Kini Dalam Proses Perbicaraan.

Satu lagi kes yang tular di laman sosial ialah melibatkan seorang guru yang mengajar di sekolah agama rakyat.

Berikut adalah maklumat kes yang berhasil dikumpulkan menerusi penyebaran di facebook;

1. Ustaz Adib mengajar di SRA = Sekolah Rendah Agama.

2. Ustaz kini bertugas di JAIS.

3. Bukan ahli NUTP.

4. Bekerja di bawah Jabatan Agama. Bukan penjawat awam kerajaan sepenuhnya.

5. Hukuman yang dia buat hanyalah merotan pada empat pelajar yang lari semasa disuruh bersolat, 3 daripadanya telah memaklumkan pada ibu bapa kenapa dirotan, seorang lagi tidak memaklumkan sebab dirotan.


6. Turut dilaporkan kanak-kanak yang dirotan masih boleh berlari-lari selepas dirotan.

7. Kanak-kanak yang dirotan juga berkulit cerah.

8. Perbualan dengan Ustaz Adib :





9. Turut dimaklumkan, ibu bapa enggan mendengar penjelasan dan enggan menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelumnya.

10. Kronologi kejadian seperti keterangan Ustaz Adib :







11. Ustaz Adib berkata beliau dimasukkan ke dalam lokap selama lima hari selepas hadir ke IPD Kajang untuk memberikan keterangan bagi kes berkaitan.

12. Bagaimanapun keterangan beliau tidak diambil sebaliknya beliau dimasukkan ke dalam lokap bersama suspek lain.

13. Selepas tamat tempoh lima hari kemudiannya, beliau diminta hadir ke mahkamah untuk proses perbicaraan.

14. Beliau perlu hadir ke mahkamah pada 26 Disember 2017 ini.




15. Ustaz Adib juga meminta doa yang baik-baik dari semua pihak agar kesnya dapat diselesaikan dengan seadilnya. 

Susunan semula : SoZPress.