t>

Breaking News

Satu Persatu Chatnya Saya Baca, Penuh Dengan Gambar XXX, Allahu Rabbi, Luluh Hati Saya.

Oleh : Bonda Nor

Saya terjumpa smartphone itu tanpa sengaja. Tiada security lock, justeru mudah saja saya meneliti kandungannya. Jantung berdegup laju. Hati penuh debar. Satu persatu chatnya saya baca. Semua video dan gambarnya saya lihat dengan mata berkaca. Allahu Rabbi. Luluh hati ini! 

"Mujur umi yang jumpa handphone ni! Kalau orang lain jumpa macam mana? Aina nak semua gambar dan video bogel Aina tersebar satu dunia?"

Dia tunduk. Perasaan saya bercampur baur. Geram. Meradang. Kecewa. Sedih. Arghh! Rasa nak menjerit melepaskan apa yang terbuku di dada. 

Allahu Rabbi. Berat sungguh beban rasa ini! Bagaimana jika ibu ayahnya melihat apa yang saya lihat ini? Bagaimana mereka nak terima hakikat bahawa anak perempuan mereka yang manja, yang baik dan dipercayai boleh bertindak liar seperti ini? 

Gambar - Oh My Media
Aina - ya ini bukan nama sebenarnya. Ini cerita tentang seorang gadis remaja. Saya mengenalinya sejak dia masih bergelar kanak-kanak. Kenal seluruh ahli keluarganya. Dia dah macam anak saya. Dia manja dengan saya. Dia panggil saya umi! 

Dia bukan budak tepi jalan yang tak dapat cukup asuhan atau dahagakan perhatian. Ibu ayahnya orang profesional. Somebody. Keluarganya terhormat. Ibu bapanya juga jenis yang mengambil berat. Dia pelajar sekolah agama. Bertudung labuh. Baik dan sopan saja. 

Dan... Allah takdirkan saya melihat gambar-gambar bogelnya, video-video lucah dengan aksi ghairahnya. Dikirimkan kepada teman lelakinya. Segala chat yang ada saya baca. Gambar dan video lucah bersepah. Macam sampah di pusat pembuangan sampah! Saya rasa nak muntah! 

Allahu Rabbi! 

"Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Kenapa boleh jadi macam ni?!"

Dia geleng. Tunduk. Katanya, dia sendiri tak tahu mengapa dia lakukan seperti itu. Aduhai.. anak gadis ini sedang keliru mengendalikan nafsu! 

"Semua ni sangat teruk dan sangat memalukan Aina! Allah takdirkan umi yang jumpa semua ni tanda Allah sayang Aina. Allah nak Aina berhenti dari buat semua ni sebelum jadi sesuatu yang lebih teruk lagi. Aina hanya setapak saja lagi dari zina. Setapak saja lagi! Istighfar! Allah sayang Aina. Ini cara Allah tegur Aina. Hargai. Jangan sampai Aina dah tak boleh diselamatkan lagi!"

Kami berpelukan. Saya menangis. Dia menangis. Hujan lebat yang bercurahan bagai turut meraikan. Memang ada yang perlu ditangiskan. Memang ada! 

Saya meninggalkannya di asrama dengan penuh kekesalan dengan apa yang telah dia lakukan, dengan penuh harapan agar dia tidak lagi melakukan kesilapan. 

Saya meninggalkannya dengan penuh debar. Dengan rasa ketakutan terhadap dunia yang semakin mencabar. Dengan penuh sedar bahawa saya ada 7 orang anak yang sedang membesar! Ya Allah.. bagaimana harus saya didik mereka agar mampu selamat merentasi lautan bara ini? Lautan bara ini terlalu luas dan berbahaya. Pantang tersimbah minyak, marak! 

Allah.. Allah.. 

Fitnah akhir zaman. Segala-galanya di hujung jari. Smartphone. 

Kawan-kawan, saya tahu ini zaman smartphone. Anak-anak kalian menagihnya. 

Anak-anak saya sendiri merayu mahukannya. Saya tegah dan memberikan 1001 sebab mengapa tidak boleh. Mereka memberontak. Merayu lagi. 

"Kawan-kawan kami semua ada, ma."

"Kami cuma nak main games.. ambil gambar.."

Ah, alasan mereka pelbagai! Semalam saya dah bertegas tak nak beri, hari ini mereka merayu lagi. Terus-terusan merayu lagi!

"Didik anak kamu dengan zaman mereka.. bukan dengan zaman kamu.."

Aduhai.. pesanan yang satu ini harus saya pertimbangkan juga. Didik anak dengan apa yang ada di zaman mereka. Saya tak boleh lari dari hakikat ini. 

Maka, baik! Saya ikutkan akhirnya. Tapi dengan syarat berjela demi melindungi mereka. 

1. Cuma 3 jam saja sehari. Cukup 3 jam, serahkan kepada saya kembali. 
2. Tiada Whatsapp atau Wechat. Cuma FB.
3. Saya akan spotcheck pada bila-bila masa. Semua password - saya mesti tahu. Bermakna ketika mereka layan FB, saya juga boleh masuk ke akaun yang sama dalam masa yang sama. 
4. Jaga adab dan bahasa.

Mereka cuba patuh. Tapi kerana saya benar-benar pantau, maka saya tahu kadang mereka gagal. Lalu saya punya alasan yang kukuh untuk menarik kemudahan itu kembali. Anak-anak tak boleh lagi salahkan saya, tak boleh lagi tuduh saya mengongkong, out of date dan sebagainya. 

"Mama dah beri peluang untuk awak cuba. Tapi awak yang tak pandai jaga!"
Penuh 
Noktah! Tiada lagi smartphone kecuali jika saya benar-benar yakin mereka sudah matang untuk mengendalikannya. 

Kawan-kawan, saya tahu, kita semua pun tahu betapa obsesnya kanak-kanak dan remaja mahukan smartphone. Sangat sukar menafikan keterujaan mereka di saat majoriti rakan-rakannya memiliki gadget yang satu ini. 

Namun kita pun faham betapa fasa remaja adalah satu fasa yang penuh dengan rasa teruja mahu mencuba itu dan ini. Fasa yang penuh kekeliruan dalam mencari identiti sendiri.  

Maka apa kita boleh buat? 

Explain.
Pujuk. 
Pantau. 
Alihkan perhatian mereka. 
Bertegas. 

Jika belum beri, jangan beri. 
Jika sudah terlajak memberi, jangan teragak-agak untuk ketatkan kawalan terhadap penggunaan. Pantau habis-habisan. 

Mereka anak-anak kita. Kita ada hak dan kuasa. 

Biar dia mengamuk. Biar dia merajuk. Biar! 

"Ini rumah mama! Mama tawarkan awak duduk di sini dengan semua kemudahan dan keselesaan. Selagi apa yang awak nak tak salah dari segi agama, mama cuba tunaikan.  Kalau awak nak duduk rumah ini, ikut cara mama. 

Kalau awak nak ikut juga cara awak, terpulang. Mama tak halau. Tapi kalau awak sampai sanggup keluar dari rumah ni sebab nak ikut kata hati, mama takkan halang. Terpulang!  Apa pun jadi nanti, awak tanggung sendiri. Jangan pula bila susah nanti, cari mama. Jangan pula masa nak kahwin nanti, tergedik-gedik minta mama uruskan. Jangan harap!"

Saya noktahkan di situ. 

Tiada kompromi. Sayang anak. Dan itulah cara saya menzahirkan kasih sayang saya. Selepas fasa explain dan pujuk tidak berjaya, fasa bertegas menyusul. Tiada kompromi! 

Kawan-kawan, 
Telah terlalu banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini termasuk yang dilakukan oleh kesilapan kita sendiri. Tapi kita mahu kesudahan hidup yang baik. Kita mahu menjadi lebih baik. Kita mahu zuriat keturunan kita baik-baik saja agar layak untuk kita semua menempah tiket ke syurga. 

Maka cukuplah. Cukuplah untuk kita tunduk pada manusia, pada pasangan, pada majikan, pada anak-anak atau pada sesiapa juga. 

Ini masanya untuk kita lebih serius menzahirkan tunduk kita pada Allah. Apa yang baik, kita sokong. Apa yang buruk, kita tegah. Itu yang dipertanggungjawabkan dan itu yang perlu kita jawab di akhirat nanti! 

Kami memohon keampunan-Mu, Ya Allah. 

#BondaNor