Sudahlah Menipu, Paksa Beli Gambar, Minta Balik Duit Dia Pijak-Pijak Pula - Kisah Pengajaran Untuk Bakal Jemaah Haji..
Walaupun berada dan tinggal di kota suci, penipu-penipu ini tidak serik dalam mengenakan sesiapa sahaja yang boleh dijadikan mangsa mereka.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Mohd Firdaus Haji Atan yang mengendalikan pakej rombongan bakal haji ke Tanah Suci berkongsikan cerita antara taktik penipuan yang seringkali berlaku ke atas jemaah ketika melakukan umrah.
Menurut Tuan Firdaus, terdapat sekumpulan pihak yang akan secara tiba-tibanya menangkap gambar para jemaah dan memaksa sejumlah wang dibayar kepada mereka bagi membeli gambar berkenaan.
"Manusia-manusia dalam bulatan yang saya kuningkan dibawah merupakan sedikit memaksa jemaah membayar sejumlah wang.
Mereka berlegar aktif di kawasan Jabal Rahmah di Arafah. Ketika jemaah sedang leka naik tangga Jabal Rahmah mereka secara tiba-tiba akan meletakkan selendang diatas kepala anda dan terus snap gambar dan siap print.
Selepas print mereka akan terus tunjuk pada anda dan memaksa anda bayar. Sekeping gambar 30 Riyal mereka minta," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
"Jemaah saya kena pagi tadi, dan saya cari budak-budak ni semula dan tengking mereka (dalam bahasa arab). Saya minta mereka serahkan semula wang jemaah saya. Selepas ditengking baru mereka serahkan semula wang tersebut. Dia jangan ingat kita tak pandai cakap Arab.
Ada seorang jemaah malaysia kita tadi juga kata mereka ni pijak duit pak cik tu. Rakan Facebook saya boleh ambil perhatian dan tag rakan-rakan atau saudara anda yang akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini," katanya mengakhiri penulisan tersebut.
Sampai memijak duit? Nampak gayanya tinggal di Kota Suci tidak cukup untuk menghalang mereka daripada melakukan kejahatan ke atas manusia lainnya. - SoZPress.