Kenali Kehebatan Jepun Dari Sudut Pandangan MAZA - Dan Ini Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Jepun.
Mufti Perlis, Ustaz Asri Zainal Abidin ataupun lebih dikenali dengan nama panggilan MAZA baru-baru ini berkunjung ke negara Jepun dan dijadualkan terlibat dalam beberapa program berbentuk keagamaan dan motivasi di negara matahari terbit itu.
Dan ini adalah beberapa perkara yang diamalkan oleh masyarakat Jepun sehingga membuatkan agamawan yang berasal dari Perlis itu berasa kagum.
Murid tadika di Jepun diajar menghargai alam dan bekerja secara berpasukan. Malahan perlu cuci tandas secara bergilir!
Menurut MAZA, suasana dan model pembelajaran kanak-kanal di awal usia agak berbeza di Malaysia. Di sana kanak-kanak tadika diajar untuk menghargai alam dengan dibawa ke ladang teh dan dilibatkan dengan aktiviti memproses teh. Malahan kanak-kanak juga di didik untuk sentiasa menjaga kebersihan dan perlu mencuci tandas secara bergilir.
Di ajar jadi berani!
Perkongian MAZA itu turut mendapat respon positif dari kalangan netizens malahan ada yang berkongsikan pengalaman yang serupa.
Menurut Maiza Liza, anaknya berpeluang merasai zaman pra sekolah di Jepun selama dua tahun. Dan ianya sangat mengkagumkan kerana anak-anak diajar menjadi berani malahan kawalan keselamatan juga sangat dititikberatkan oleh sistem pendidikan di negara itu.
Tahap disiplin yang terbaik!
Ada bilik rehat untuk murid yang sakit
Rak buku yang tersedia untuk murid. Topi yang tersusun rapi.
Menurut Masril, salah seorang yang memberikan respon di thread MAZA, sistem pendidikan di Jepun menekankan konsep disiplin, kemanusiaan dan kehidupan bagi tempoh 3 tahun pembelajaran di peringkat pertengahan. Malahan tiada peperiksaan dikenakan dari gred 1 hingga gred 3.
Makan dalam kelas tapi bersih dan teratur
Menurut MAZA di Jepun, pelajar dibenarkan untuk makan dalam kelas tetapi dalam keadaan teratur dan bersih. Malahan pelajar perlu menghidangkan makanan ikut giliran setiap hari.
Di sana juga kotak minuman diasingkan terus bagi tujuan kitar semula dan sampah dibersihkan supaya tidak berbau. Apa yang menariknya, pelajar diajar untuk mengembalikan semula makanan yang dia merasakan berlebihan semula memakan makanan tersebut. Pendek kata, pembaziran adalah dilarang sama sekali!
Eh ada kismislah. Memang mengikut sunnah. 😆😆😆
Di Jepun, pihak kementerian yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan oleh kerana itu makanan sentiasa dipastikan mematuhi konsep nutrisi yang seimbang bagi tumbesaran kanak-kanak.
Beza di Jepun dan Arab
Mufti Perlis itu sempat membandingkan sikap orang Arab dan Jepun yang amat jauh berbeza dalam hal pembaziran. Di Jepun, anak-anak diajar memulangkan semula makanan yang dia rasakan tidak mampu habiskan sebelum menjamah makanan tersebut tetapi di Mekah, orang Arab mengambil makanan secara berlebihan sehingga tidak mampu menghabiskan makanan tersebut dan ianya sangat membazir!
Pusat kitar semula sampah tetapi tidak berbau langsung!
MAZA yang dibawa melawat ke Pusat kitar semula Hishigaya Recycle Centre, Shizouka turut berkongsikan pengalaman menarik sewaktu mengunjungi kilang tersebut.
Di sana, sampah ditukarkan kepada 'slag' dan 'metal' untuk menghasilkan pelbagai produk. Malahan terdapat kolam air panas yang dihasilkan hanya daripada bahan kitar semula sampah.
Kadar sampah juga dilaporkan menurun kerana budaya dan sikap orang Jepun yang bersih dan bertanggungjawab.
Kolam air panas dan barangan yang dihasilkan dari sampah yang dikitar semula!
Kisah Orang Jepun Yang Tak Jadi Masuk Islam Tetapi Akhirnya..
Di waktu kecil saya tertarik dengan Islam tetapi..
Penulisan MAZA mengenai bagaimana seorang Jepun yang membatalkan hasrat memeluk Islam selepas melihat sikap pemandu teksi bagaimanapun berubah apabila ingin kembali memeluk agama tersebut selepas jatuh cinta pada seorang wanita beragama muslim mengundang respon menarik daripada netizen yang bernama Lim Hu.
Lim Hu menulis beliau sangat tertarik pada Islam dan gadis melayu yang solehah tetapi sikap umat Islam di Malaysia hipokrit dan mereka selalunya bertentangan antara percakapan, amalan dan tindakan. Mereka cakap sesuatu yang lain tetapi mereka buat sesuatu yang lain - sikap hipokrit inilah yang membuatnya dirinya berasa teragak-agak.
Kebersihan, keselamatan tonggak utama Jepun
Jepun diiktirafkan dunia sebagai negara yang bersih serba serbi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Kadar jenayah di Jepun juga rendah meskipun mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.
Mengapakah Jepun boleh mendidik masyarakatnya untuk hidup secara harmoni, aman damai, berkasih sayang, menekankan konsep ketepatan masa, kebersihan dan bertolenrasi serta bertanggungjawab meskipun mereka bukanlah orang yang beragama Islam sejak lahir?
Mungkin seperti yang dikatakan MAZA, pelaksanaan syariat itu lebih utama daripada sekadar kata-kata dan percakapan di pentas-pentas ceramah. - SoZPress.