Asal Usul Mad Hatter & Kaitannya Dengan Merkuri - Doktor Nurilyani Bujang.
Doktor Nurilyani Bujang, pakar bius ada cerita menarik kenapa pengguna terutamanya golongan wanita perlu peka dengan produk-produk kecantikan yang dibeli oleh mereka.
Menurut satu penulisan santai, Doktor Nurilyani berjaya memberikan kesedaran kepada golongan wanita tentang bahayanya merkuri dan pengambilan tidak terkawal berupaya mendapatkan kesan teruk ke atas kesihatan diri sendiri.
Merkuri digunakan secara meluas oleh sesetengah peniaga komestik atas alasan ia berupaya memutihkan kulit dengan cepat namun sesetengah peniaga dengan sengaja meletakkan kandungan merkuri lebih dari had yang dibenarkan sehingga mendatangkan kesan sampingan ke atas pengguna.
Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan sebenarnya tertakluk kepada perundangan dan peraturan sedia ada negara kerana ianya jika tidak dikawal ia akan memudaratkan kesihatan pengguna.
Berikut adalah penulisan santai oleh doktor tersebut yang mendapat sambutan hebat di Facebook dan telah dikongsikan lebih dari 2,000 kali.
Bacalah!
Oleh : Nurilyani Bujang
MAD HATTER 🎩
Mesti ramai yang menonton cerita Alice In Wonderland kan?
Tapi anda tahukah asal usul nama Mad Hatter?
Pada zaman dahulu di England, ramai pembuat topi dianggap sewel oleh masyararakat. Muka mereka pun putih selepuk yang pucat. Emosinya tak stabil dan pasang surut. Terlalu ramai yang sewel sehingga timbul satu pepatah 'as mad as hatter' atau bahasa melayunya ' gila umpama si pembuat topi'.
Gambar - Nurilyani Bujang |
Lama doktor doktor zaman itu mengkaji mengapa semua pembuat topi berperangai begitu dan mengalami simptom simptom yang sama.
Setelah diteliti, mereka mereka mempunyai satu persamaan. MERCURY atau RAKSA!
Zaman itu, mercury digunakan dengan meluas dalam pembuatan topi sebagai bahan untuk melembutkan kulit dan bulu binatang supaya ianya boleh dibentuk dengan cantik menjadi topi.
Mereka tidak tahu kesan jangka panjang mercury ini sehinggalah pembuat pembuat topi ini mengalami perubahan perubahan dalam tubuh mereka.
1. Kulit jadi putih melepak
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang
7. Rentak jantung yang tak normal
2. Tidak boleh berfikir dengan waras
3. Emosi yang tidak stabil
4. Tekanan perasaan, pemalu yang melampau
5. Susah untuk berinteraksi dengan orang
6. Rosak buah pinggang
7. Rentak jantung yang tak normal
Merkuri ini kemudiannya tidak lagi digunakan dalam pembuatan topi. Ianya telah diharamkan.
Namun, zaman ni, Mad Hatter KEMBALI lagi.
Sebab apa?
Sebab merkuri banyak terdapat dalam kosmetik sampah. Ianya digunakan dengan tak bertanggungjawab oleh founder founder produk yang nak cepat kaya.
Ada mereka peduli yang 10 tahun lagi kamu semua jadi macam Mad Hatter?
Nanti kamu cari doktor juga kan? Bukannya founder. Waktu itu dah terlambat. Mad Hatter Syndrome ni bukan sesuatu yang boleh dirawat dengan mudah.
Jadi, kenalah cerdik.
Jangan mudah tertipu.
Kalau tak percaya cakap saya, boleh la baca lanjut Mad Hatter Syndrome di carian internet anda.
By the way Johnny Depp tu membawa karekter Mad Hatter dengan sangat baik.
Tukang makeup Johnny Depp pun harus dipuji. Memang menjadi betul makeup putih selepuk tu.