t>

Breaking News

"Kalau Dah Tahu Produk Ni Menjahanamkan, Kenapa Tak Beritahu Nama Produk Terus?!"

Di Malaysia bukan perkara baru kita sering membaca pelbagai berita yang melaporkan pengguna ditipu dengan produk kesihatan tertentu.
Kebanyakan dari laporan-laporan tersebut enggan menjelaskan kenapa nama produk disorokkan dari pengetahuan umum.
Perkara ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya dan kemarahan sesetengah orang awam yang bimbang jika terkena seperti mangsa yang dilaporkan apabila pihak akhbar enggan mendedahkan nama produk.
Bagaimanapun penjelasan oleh Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris, Pengerusi dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia mungkin akan mengubah persepsi anda sedikit sebanyak tentang hal tersebut.
"Kalau dah tahu produk ni menjahanamkan, kenapa tak beritahu nama produk terus?!"
Saya pun dulu - dulu selalu bertanyakan soalan yang sama apabila ada exposé yang tidak lengkap dikongsikan.
Sejak mula terlibat dengan Medical Mythbusters Malaysia dan beberapa gerakan perubatan lain, saya dapati strategi 'main terjah' adalah tidak 'sustainable'. Kesan jangka masa panjang akan hanya memakan diri. Kenapa?
1. Saya bergerak secara terang. Tiada unsur kerahsiaan atau anonymity. Sebaliknya terdapat beberapa kumpulan di luar sana yang bergerak secara anonymous. Muka dan data peribadinya tidak diketahui. Laporan ke pihak Facebook dan MCMC tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Walaupun diketahui ia akaun tipu (fake profile), ramai rakyat Malaysia yang taksub dengan akaun tipu ini. Taksub sehingga sanggup menaburkan fitnah dan tuduhan yang keji kepada penentang scammers.
2. Rahsia pesakit harus dijaga. Walaupun maklumat kami dapati adalah sah, tetapi apa yang kami tulis di media sosial harus diolah dan diubah supaya pesakit sebenar tidak dapat dikesan oleh orang awam.
3. Dalam isu 'supplemen durjana' yang saya kongsikan hari ini, saya dan rakan rakan lain sedang berusaha untuk membantu ibu mangsa untuk mendapatkan bantuan dan pantauan dari petugas kesihatan. Trauma mental yang dialami oleh ibu mangsa boleh menyebabkan kemurungan. Tanpa bantuan, ia boleh membawa maut.
4. Pemilik produk - produk scam kesihatan bukan calang - calang orang. Mereka punyai sumber kewangan yang besar. Mereka menuduh para doktor dibayar Yahudi untuk merosakkan masyarakat, tetapi cara jualan mereka mengalahkan Yahudi. Dengan sumber kewangan ini, dengan mudah mereka boleh mengupah peguam yang terbaik untuk mengemukan saman terhadap aktivis perubatan. Malah, jika mereka dikenakan saman, bayaran saman yang dikenakan hanyalah 'celah gigi'. Jualan produk dalam satu hari mampu 'cover cost' saman.
5. Oleh itu, penyampaian maklumat kesihatan dan teknik penguatkuasaan perlu lebih strategik. Maklumat berkenaan produk dan kesan terhadap pesakit harus didokumentasi dengan teliti. Maklumat ini seterusnya disalurkan kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya. Untuk mengelakkan lebih ramai orang tertipu, aktivis - aktivis kesihatan seperti Medical Mythbusters Malaysia menghasilkan penulisan - penulisan yang relevan supaya masyarakat sedar akan bahaya seperti produk durjana ini.
6. Dari segi aspek kesedaran kesihatan, nama produk itu sendiri TIDAK penting. Yang penting, masyarakat tahu ciri - ciri produk durjana ini. 
i. Pengasas, pengeluar dan agen produk tiada langsung larat belakang kesihatan.
ii. 'Overclaim' untuk merawat seribu satu jenis penyakit hanya dengan satu produk.
iii. Tiada dos yang spesifik digunakan. Agen pakai tibai sahaja, berapa biji 'ubat' yang harus diambil. Asalkan produk terjual.
iv. Satu 'ubat' untuk semua peringkat umur. Dari bayi yang baru lahir sehingga warga tua yang menghidap kegagalan buah pinggang.
Usaha kami ini percuma. Tiada insentif kewangan diberi. Tiada tawaran kenaikan pangkat. Malah, ada yang warga kesihatan sendiri yang mengecam usaha kami. Tapi kami lakukannya kerana niat ingin membantu masyarakat umum. Memang hidup akan lebih mudah jika kami hanya 'punch in' dan 'punch out' setiap hari. Tetapi kami tahu, apa yang kami lakukan ini adalah untuk kebaikan bersama. It's for the greater good.