Fathia Dikecam Kerana Mempertahankan Farid Kamil. - Musibat Yang Bocorkan Gambar Harap Dibalas Kelak Kata Sharnaaz.
Artis kontroversi Fathia Latiff sekali lagi menjadi bahan kecaman di media sosial. Ini berikutan kenyataannya yang meminta agar anggota polis juga perlu menjalani pemeriksaan untuk memastikan mereka bebas dari bahan-bahan terlarang.
"Farid Kamil marah. Jangan salahkan ganja. Periksa sama polis tu untuk tengok mereka positif (ganja) ke tak," kicaunya pada jumaat.
Fathia turut mengulanginya kenyataannya dalam bentuk cabaran selepas itu.
"Saya cabar polis diperiksa untuk memastikan mereka juga bersih dan waras," katanya lagi.
Netizens yang berasa geram dengan kenyataan itu juga menempelak Fathia di ruangan balas komen.
F : "Take the risk lah bhaii , you choose to be a celebrity itu risk kau kena hadap. Sendiri buka aib sendiri , sendiri rosakkan imej sendiri. Kalau kau sedar kau tu public figure/suami/ayah kau takkan bertindak mcm tu. Takyah blame semua orang , in fact dunia ni semua mnusia buat dosa tak payah tunggu nak check polis".
Farhana : "So orang tengah marah boleh buat apa-apa la? Police just play their role and for that reason the probability of them consuming the drug is high? Your logic is funny girl".
Mae : "Maybe we should check yours as well? In fact,let's check everyone's urine".
Jangan dedahkan aib Farid
Dalam perkembangan berkaitan, pelakon lelaki Sharnaaz mempersoalkan pihak yang mendedahkan gambar-gambar Farid dalam lokap ketika digari dan ditahan.
"Apa pun jadi pasal isu Farid Kamil, kepada musibat yang bocorkan gambar tu semoga anda dibuka aib pula di satu hari kelak. Maruah keluarga dia mana nak letak kamjat? Hari ini anda mungkin bahagia, bila Tuhan nak duga belum confirm brader, be strong Farid," kicaunya di Twitter semalam.
Bagaimanapun kenyataan Sharnaaz itu tidak mendapat respon balas yang positif dari netizens.
Misalnya Ewan Zailan menulis : "Sebab artis kena jaga macam tu? Orang lain takde maruah? Bila peragut ke kena tangkap siap viral takde fikir pula perasaan family. Bila artis buat salah owh back up bukan main," katanya.
Manakala Achraff_Kato pula berkicau : "Farid Kamil sendiri yang tak jaga maruah keluarga dia sampai tumbuk terajang orang. Kalau dia ingat anak bini dan maruah keluarga dia tak buat mcm tu der," sebagai membalas kenyataan Sharnaaz.
'King' pun dilempang Farid Kamil..
SEHARI sebelum Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, pelakon Ridzuan Hashim, 53, terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu.
Ridzuan ketika dihubungi mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.
“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.
Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” katanya seperti laporan Harian Metro semalam.
Kata Ridzuan, sebelum kejadian dia baru keluar dari tandas dan memakai stokin di bilik wardrobe.
“Tiba-tiba Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stokin. Entah kenapa dia terus menampar saya.
Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.
Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.
Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan. Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya.
Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan.
Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjangan,” katanya lagi.