Nasi Dah Nak Basi Digoreng Letak Kicap Banyak-Banyak Bagi Budak Sekolah Makan - Bekas Kakitangan Kantin Sekolah.

Oleh : As MamaHasnur

Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.

Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.

Nasi goreng, nasi lebihan semalam + nasi lemak lebihan semalam yang dah basi.

"Kak, dah basi tu.. kenapa campur?" saya cuba.

"Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak. Habis juga" katanya.

Astaghfirullah. Mee goreng dari plastik terus masuk kuali.

"Tak basuh dulu? Pahit nanti," saya cuba lagi.

"Letaklah kicap manis banyak-banyak. Oklah nanti," katanya lagi.
 

Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru. Saya masak macam masak untuk keluarga. Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan. Hati puas dan tenang.

Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng 'campur' dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan). Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.

Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat. Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.

Saya juga lihat, nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.

"Kalau semuanya murah, jual murah juga ke?"
"Eh, taklah! Harga sama macam di luar juga."



 

Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.

Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?

"Mestilah boleh, sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang, paling laku dan paling banyak untung" katanya.

Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.

Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.

Share this :

Previous
Next Post »