t>

Breaking News

Fenomena Selebriti Bunuh Diri.

Oleh : Suhazeli Abdullah

FENOMENA SELEBRITI BUNUH DIRI

 
Kehidupan dunia glamor dan ramai peminat kadang-kadang boleh merimaskan. Tidak mustahil bagi orang yang masyhur seperti artis boleh terjebak dalam gaya hidup tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, bersosial yang melepasi normal bangsa, agama dan seumpamanya. Akhirnya tindakan singkat mereka yang boleh membawa kepada kerosakan diri, keluarga dan masyarakat. 

Tulisan ini tidak menuding jari individu tertentu artis tetapi cuba mengoreksi kehidupan masyarakat yang sudah terpana dalam kancah hiburan melampau. 

Terdapat satu rebiu kajian yang melihat kepada punca kematian akibat bunuh diri para artis seluruh dunia. Kajian hirisan lintang antara tahun 1970 hingga 2005 yang dijalankan oleh para pengkaji dari Bonn University, German ini amat menarik untuk kita jadikan tauladan kepada masyarakat bahawa punahnya manusia kerana dadah.[1] Mereka mendapati seramai 295 selebriti yang membunuh diri sepanjang tempoh 45 tahun itu akibat dari penyalahgunaan dadah dari 451 databes pelaporan. Maklumat lengkap yang memenuhi kriteria kajian hanya 220 selebriti. 

Antara 220 orang selebriti tersebut, 75% adalah lelaki dan umur pukul-rata waktu mati 38.6 tahun. Paling muda 25 tahun dan paling tua 45 tahun. 


Menarik dalam penemuan ini adalah, ramai para selebiriti membunuh diri setelah mengambil dadah opioid dan heroin. Golongan selebriti muda juga mendapat carta teratas menggunakan opioids dan heroin sehingga membawa kematian.

Masyarakat mungkin tidak mengetahui apakah itu dadah yang bernama opioid. Tetapi jika sebut morfin, codein, ketum, semua akan kenal. Ringkasnya opioid ini terbahagi kepada 3:[2]


1) Semulajadi dari tumbuh-tumbuhan. Pokok poppy mengeluarkan morfin, codeine, dan thebaine, papaverine dan noscapine. Manakala pokok ketum mengeluarkan metragynin dan Salvinorin A produk semulajadi pokok Salvia divinorum (pokok ini jarang didengari. Ianya tumbuhan di Mexico)


2) Sintetik: Ektrak morfin diproses dengan campuran bahan lain yang menjadikan morfin sinteteik seperti heroin, codon, , petidine, buprenorphine, methadone, tramadol, dan beberapa nama terbitan lagi.
3) Keluaran semulajadi dari tubuh yang boleh menenangkan fikiran seperti endorphins, enkephalins, dynorphins, dan endomorphins.

Tujuan awal mereka menggunakan dadah ini adalah untuk ketenangan, hilangkan penat, segarkan badan dan kurangkan kesakitan. Awalnya mereka mendapatkan ubat-ubatan ini dari doktor tetapi mereka menyalahgunakannya dengan mengambil secara berlebihan.

Negara telah menetapkan akta yang ketat dalam penggunaan dadah yang berbahaya ini. Sabit kesalahan boleh menempa tindakan tegas. Semoga selebriti dalam negara kita tidak turut terjebak dalam pengambilan dadah seperti ini sehingga mengujakan mereka membunuh diri.

Sekian pelajaran bab dadah pada petang ini dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
1.1.2018
Ketengah Jaya

Pautan
[1] Kajian hirisan lintang artis bunuh diri. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5148833/
[2] Klasifikasi Opioids. https://www.drugabuse.gov/drugs-abuse/opioids