t>

Breaking News

Isu Kereta Rolls Royce : Buat Baik Orang Tak Pandang, Masalah Sikit Semua Kecam Macam-Macam Kata Aliff Syukri.

DATUK Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan urusan membabitkan kereta Rolls Royce yang didakwa disita dalam Op Patuh di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi, selepas pulang dari luar negara, esok. 

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, dia kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan dan sangat terkejut selepas mendengar berita berkenaan selain tidak tahu-menahu keretanya disewa oleh dua warga asing atau mengenai penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu. 


"Saya tidak tahu mengenai kereta saya yang disewakan kepada orang lain dan segala urusan mengenai kereta berkenaan dilakukan oleh pengurusan syarikat,” katanya. 

Menurutnya yang juga Pengarah UrusanD'herbs Holding Sdn Bhd, dia mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada pihak JPJ serta akan memastikan perkara sama tidak berulang. 

"Saya akui kecuaian saya ini dan memohon maaf kepada pihak berkuasa. Apabila balik ke Malaysia nanti, saya akan uruskan perkara ini. 

"Sebenarnya saya tidak menggunakan kenderaan itu dan segala urusan perjalanan di Malaysia menggunakan kereta Toyota Vellfire. "Saya tidak mahu memperbesarkan hal ini dan akan menyelesaikannya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila balik ke Malaysia nanti," katanya. 

Malam tadi kereta mewah milik Aliff dianggarkan berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini. 

Selain itu, seorang daripada mereka yang turut berada dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. 

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan JPJ turut mendapati kenderaan itu menggunakan LKM atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung. 

"Saya meminta netizen agar tidak mengecam saya seolah-olah melakukan kesalahan besar seperti seorang penjenayah yang merompak dan merogol. 

"Apabila saya buat baik orang tak pandang, tapi apabila timbul masalah seperti ini netizen menuduh saya macam-macam. Malu saya dibuatnya," katanya.

Sumber : Harian Metro