Kenapa Semakin Ramai Warga Bangladesh Yang Berpenyakit Terlepas Masuk? Kesihatan Rakyat Semakin Terancam..
Siapa tidak kenal Dr. Zubaidi yang pernah dianugerahkan dengan Anugerah Media Kesihatan 2016 bagi kategori Media Sosial (Facebook) kerana kejayaannya yang menghimpunkan ratusan pengikut di laman fb beliau dek kerajinannya yang gemar menulis tentang tips-tips kesihatan.
Kali ini, doktor tersebut membuat satu pendedahan yang sepatutnya diambilpeduli oleh agensi kerajaan terutamanya oleh KDN.
Bacalah penulisan oleh doktor tersebut;
Oleh : Dr. Zubaidi Hj. Ahmad
Kali ini, doktor tersebut membuat satu pendedahan yang sepatutnya diambilpeduli oleh agensi kerajaan terutamanya oleh KDN.
Bacalah penulisan oleh doktor tersebut;
Oleh : Dr. Zubaidi Hj. Ahmad
Ada pekerja Bangladesh datang ke klinik. Mahu memperbaharui permit bekerja.
X Ray bermasalah. Ada nodul kecil di seluruh paru-paru pada X Ray. Saya beritahu X Ray begini "tak lulus".
Dia merayu. Mahu selesaikan bawah meja. Ini kerja gila. RASUAH. Duit haram saya tak ambil.
Saya nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul. Balik ke Bangladesh dulu. Rehat.
Saya tulis surat rujukan ke hospital untuk tindakan lanjut. Hantar satu salinan laporan "kes berkemungkinan TB" ke Jabatan Kesihatan Negeri.
Beberapa bulan dulu rakan memberitahu ada pembantu rumah mereka yang mempunyai status Hepatitis B positif.
Saya termenung. Membayangkan kita selalu bergaul dengan pekerja-pekerja ini. Datang ke Malaysia lulus pemeriksaan kesihatan di sana. Bila datang Malaysia, baru dapat tahu ada masalah.
Kes begini sudah terlepas. Pekerja (dan juga pesakit) sudah masuk ke Malaysia. Bukan seorang. Tapi beribu-ribu orang.
Masuk ke kilang. Masuk ke dalam rumah (jika kita ada pembantu warga asing), menyediakan makanan kita di restoren, dan pelbagai lagi.
Mungkin kita perlu perketatkan kemasukan mereka. Ini bukan isu politik. Isu kesihatan rakyat Malaysia yang semakin terancam.