Kematian Pegawai Kastam Anisah Ali - Selepas Setahun Berlalu, Dimana Mat Yeh & Kenapa Tiada Pendakwaan Soal MyWatch.
Oleh : Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan / MyWatch
Masih ingatkah anda kes seorang Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) maut dilanggar Tonto pada Oktober tahun lalu?
Masih ingatkah anda kes seorang Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) maut dilanggar Tonto pada Oktober tahun lalu?
Pegawai tersebut Anisah Ali ketika kejadian sedang mengejar kenderaan yang dipercayai sedang membawa muatan berisi rokok & mercun seledup dari Rantau Panjang, Kelantan.
Ketika aksi kejar-mengejar itu berlaku, datang sebuah kenderaan pacuan 4 roda dari arah belakang merempuh kenderaan dinaiki Anisah Ali. Kenderaan Pegawai JKDM itu hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.
Gambar - Mywatch |
Selepas kejadian polis berjaya melakukan gerakan memburu suspek utama yang dikenali sebagai Mat Yeh.
Serbuan ke rumahnya juga gagal kerana Mat Yeh dipercayai telah membawa semua ahli keluarganya lari ke negara jiran Thailand.
Bagaimanapun tidak beberapa lama kemudian, Mat Yeh atau nama sebenarnya Nawawi Husin, 34 tahun berjaya diberkas pihak polis.
Namun begitu, setelah direman lebih seminggu, Mat Yeh telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Namun begitu, setelah direman lebih seminggu, Mat Yeh telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kini selepas setahun berlalu Mat Yeh terus bebas dan tidak pernah didakwa oleh mahkamah.
Ahli keluarga mangsa melahirkan rasa kesal kerana kematian Anisah Ali tidak terbela dengan pembebasan suspek utama tersebut.
Sudahlah kematiannya tidak dibela, malah ahli keluarganya kini hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, ke mana sahaja mereka pergi mereka diekori oleh kenderaan yang tidak dikenali yang mereka percaya ianya Tonto.
Laporan polis telah dibuat tetapi ianya seperti “Mencurah air ke daun keladi” sahaja. Tidak cukup dengan itu, ahli keluarga menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali mengugut supaya menarik balik laporan polis tersebut.

Setelah ugutan tidak dilayan, mereka ditawarkan pula sejumlah wang dengan jumlah yang agak besar agar mendiamkan diri dan jangan memanjangkan lagi isu kematian Anisah Ali kepada pihak atasan.
Untuk rekod, ahli keluarga Anisah Ali turut membuat laporan kes kematiannya antaranya kepada pihak SPRM dan Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) PDRM kerana kes ini sungguh menghairankan bilamana suspek dibiarkan bebas begitu sahaja.
Setelah setahun berlalu akhirnya kebenaran terbongkar juga bilamana setelah diselidiki suspek utama kes ini iaitu Nawawi Hussin mempunyai abang kandung yang merupakan Pegawai Kanan PDRM.
Abangnya DSP Ibrahim Hussin kini adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak dan sebelum ini pernah bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Bukit Aman di bawah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Mohamad Salleh (Pengarah Narkotik sekarang & kawan GOPI) dan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman pada ketika itu Datuk Roslee Chik yang kini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Adik (Nawawi Hussin) adalah Tonto yang dipercayai menjalankan sindiket penyeludupan rokok dan mercun antara terbesar di Kelantan, manakala abang (Ibrahim Hussin) adalah Pegawai Kanan PDRM, sungguh ironi bukan?
Selain daripada mercun/rokok, apa lagi yang diseludup ke dalam Malaysia melalui Thailand menjadi tanda tanya?
Di sini MyWatch ingin menimbulkan persoalan, adakah dengan “kabel” yang cukup besar ini menjadi faktor mengapa Nawawi Hussin dibebaskan setelah direman cuma seminggu? Keduanya, adakah dengan “kabel” yang cukup besar ini Tonto dan sindiket penyeludupan rokok di Kelantan ini jadi sukar untuk “diusik”?
Rakyat Malaysia masih ingat Ops Cantas Khas Tonto yang dibuat oleh PDRM dan JPJ sekitar Mei 2016 dimana satu pasukan besar daripada kedua agensi ini telah menangkap tonto-tonto yang sering menganggu tugas penguatkuasaan dibawah POCA.
Tangkapan itu ditonjolkan dengan penggunaan helikopter PDRM untuk menangkap tonto-tonto di lebuhraya. Tetapi tonto yang menjalankan sindiket penyeludupan rokok/mercun (entah apa lagi), merempuh kenderaan Jabatan Kastam yang telah meragut nyawa seorang pegawai Kastam tidak didakwa hingga kini. KENAPA?
Sebelum kenderaan Anisah Ali, (Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dilanggar Tonto pada Oktober tahun lalu, beberapa hari sebelum itu Tonto yang sama telah mengekori kenderaan JKDM.

JKDM pada ketika itu bertindak mengekori sebuah van putih yang membawa barangan seludup dari negara jiran Thailand berupa rokok dan mercun.
Jika anda perhatikan rakaman video ini anda dapat mendengar sendiri Pegawai JKDM menyebut berulang kali nama Mat Yeh atau nama sebenarnya Nawawi Hussin.
Mat Yeh adalah satu nama individu yang terkenal di kalangan pihak berkuasa khususnya JKDM kerana beliau sering kali membantu sindiket penyeludupan dari Rantau Panjang melarikan diri dari pihak JKDM.
Cara beliau membantu sindiket melarikan diri adalah dengan memintas kenderaan JKDM dan melengah-lengahkan pacuan 4 rodanya supaya kenderaan sindiket sempat melarikan diri seperti yang dapat anda lihat di dalam video ini.
Walaupun sudah lama terlibat dengan sindiket penyeludupan, apa yang menghairankan ialah Mat Yeh tidak pernah ditahan oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini MyWatch telah mendedahkan berkemungkinan Mat Yeh tidak berani “dijentik” oleh pihak berkuasa khususnya PDRM kerana beliau mempunyai hubungan keluarga dengan seorang Pegawai Kanan PDRM.
Abang kepada Mat Yeh iaitu Ibrahim Hussin kini menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Gombak dan sebelum ini pernah bertugas di Cawangan D7 Bukit Aman.
MyWatch masih menunggu jawapan PDRM mengenai hasil siasatan kes Anisah Ali ini setelah setahun berlalu dan mengapa Mat Yeh hanya direman cuma seminggu sahaja dan dibebaskan sehingga kini.