Pelajar 16 Tahun Maut Dirempuh Van, Sempat Pula Disamun Oleh Lelaki Yang Berpura-Pura Mahu Membantu..
Seorang remaja lelaki lengkap dengan pakaian sekolah menemui ajal apabila terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tun Abdul Razak di Johor Bahru lapor The Star hari ini.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Harry Cyclone, yang memuat naik kejadian tersebut di laman Facebook miliknya mendakwa sebuah van telah melanggar remaja tersebut, yang dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki berusia 16 tahun sekitar jam 2 petang sebentar tadi.
Dakwanya lagi, pemandu van tersebut didapati melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh mangsa yang menunggang motosikal.
Ujarnya, seorang lelaki kemudian tiba-tiba muncul dan berpura-pura mahu membantu dengan memeriksa telefon bimbit milik mangsa sebelum mencuri telefon bimbit tersebut.
''Kepalanya berdarah dengan banyak dan orang ramai berusaha membantunya. Kemudian datang seorang lelaki, secara tiba-tiba memeriksa telefon bimbit remaja tersebut untuk menghubungi orang tuanya, tetapi sebaliknya dia mengambil telefon bimbit tersebut dan melarikan diri,'' kata Harry Cylone dalam perkongsiannya di Facebook.
Perkongsian tersebut dimuat naik di laman JB Tracer : Johor Baru Traffic, Crime and Community Service Report.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan.