t>

Breaking News

Kronologi Kejadian Cabul Murid-Murid Di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana.

Oleh : Wani Ardy

UNTUK DITULARKAN : ISU GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA, AMPANG, KUALA LUMPUR


 
LAPORAN TERKINI : https://www.bharian.com.my/…/guru-umur-53-tahun-ditahan-cab…

"Guru umur 53 tahun ditahan cabul murid"

Alhamdulillah, terima kasih Nurul Hidayah dari NSTP dan Syed Azmi yang menghubungi saya serta K pagi tadi. Terima juga Tuan Hilmy dari Jabatan Perdana Menteri kerana meluangkan masa. Paling terima kasih buat rakyat Malaysia yang prihatin membantu kami menularkan kes ini. Semoga kebenaran dan keadilan ditegakkan demi anak-anak kita semua. ✊🏼
___

harassment
/ˈharəsm(ə)nt,həˈrasm(ə)nt/

aggressive pressure or intimidation.

persecution, harrying, pestering, badgering, intimidation, bother, annoyance, aggravation, irritation, pressure, pressurization, force, coercion, molestation
___

As promised, here's the full story as requested and approved by my close friend, Khadijah Malek (K), an advocate and solicitor. (Nama beliau dan nama sekolah dinyatakan atas permintaan dan kelulusan beliau sendiri. Beliau berkeputusan merahsiakan nama "cikgu" untuk elak defamation.) I am just a medium.

Semalam K minta tolong saya sebar berita ini : https://www.malaysiakini.com/news/434421

Pada awalnya saya fikir beliau sekadar berkongsi, sehinggalah beliau beritahu, mangsa berkenaan adalah anaknya sendiri. Saya bersetuju membantu K menyebarkan isu ini dengan harapan agar perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi kesedaran pada semua pihak yang terlibat.

Semoga keadilan membela anak-anak kita dan bukan si pemecah amanah. InsyaAllah.
___

KRONOLOGI KES
___

130618 : Anak K memberitahu K yang dia telah diraba oleh "cikgu" dalam bilik ko-kurikulum pada waktu rehat, tarikh 250518. "Cikgu" mengajak dia ke bilik tersebut dengan alasan untuk membantu "cikgu" merekod markah. Namun dalam bilik itu, "cikgu" menarik tangan anak K dengan keras supaya dia duduk di atas ribaan peha "cikgu", lalu "cikgu" memegang dada dan bahagian sulitnya. There were 3 other students in the same room who witnessed this.

Anak K memaklumkan K bahawa beberapa kawan dia yang lain juga mengaku pernah dipegang / peluk / sentuh / raba oleh "cikgu" yang sama. Maklumat ini diperolehi apabila anak K berbual dengan kawan-kawan sekolahnya tentang apa yang telah terjadi.

Anak K berumur 10 tahun dan bertudung.
___

140618 : Laporan polis dibuat. K decided not to proceed with the case (memikirkan mungkin ini kes pertama dan kes terpencil) but reported it anyway for the purpose of record and to forward the case to PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).
___

190618 : K contacted and met up with parents of the students who witnessed what "cikgu" did to her daughter.
__

250618 : K went to school to meet the headmaster but headmaster was on leave. K found out that "cikgu" was transferred to this current school just 5 years ago due to similar cases in the previous school. Yes. Not his first time.
___

260618 : K went to school, talked to the headmaster, and showed the police report. Headmaster informed K that the school will investigate. (Selepas K membuat laporan polis dan memaklumkan sekolah, barulah murid-murid yang lain berani untuk bersuara juga. Ya. Anak K bukan satu-satunya mangsa "cikgu".)
___

270618 : Sekolah adakan siasatan tertutup. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) called students who have been sexually harrassed by "cikgu" to give their statements. Sekolah menyimpan senarai nama murid yang telah menjadi mangsa dan telah membuat pengakuan, tetapi sekolah tidak memaklumkan para ibu bapa tentang apa yang telah terjadi ke atas anak-anak mereka. Murid-murid sendiri juga tidak memaklumkan ibu bapa mereka kerana takut, malu, dan keliru.
___

280618 : PPD called and informed that they've received the report from school. K dimaklumkan bahawa "cikgu" akan dipanggil ke PPD untuk sesi kaunseling.
___

290618 : K bertemu dengan IO (investigating officer) untuk buka semula kes, memandangkan rupa-rupanya kes anak K bukan kes pertama atau kes terpencil, sebaliknya "cikgu" memiliki rekod lampau di sekolah lama dan ramai murid telah menjadi mangsa dipegang / peluk / sentuh / raba olehnya.
___

300618 : IO and K went to school to take photos of the crime scene (bilik ko-kurikulum), they had even set the appointment a day before, but when they arrived, the school made them wait for 3 hours, for nothing, dengan alasan "kunci tak jumpa."
___

020718 : IO went to school to take photos of the crime scene.
___

030718 : IO requested a medical check-up at the hospital for K's daughter.
___

100718 : IO brought K's daughter to Children Interview Centre.
___

Current status : IO/IPD waiting for order from Bukit Aman. K dalam proses memindahkan anak-anak beliau ke sekolah yang lain.
___

This chronology has been submitted to SUARAM for memorandum to SUHAKAM. Official letters to ministries are being written right now as we speak.
___

Nama sekolah di mana kes ini (dan kes-kes lain) terjadi :
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur.
___

USAHA-USAHA TINDAKAN RASMI TELAH DIBUAT, MENGAPA MASIH PERLU TULARKAN ISU INI?

1) Supaya sekolah dan PPD lebih proaktif, tidak menyembunyi, mendiam, atau memperlahankan kes seperti ini.

2) Supaya kementerian yang berkaitan akan memastikan tiada lagi 'lubang' dalam sistem yang membenarkan "cikgu" begini terlepas berkali-kali.

3) Supaya para ibu bapa tahu tentang kes ini dan perkara-perkara yang mungkin disorokkan oleh sekolah dari pengetahuan mereka, sedangkan mereka patut dimaklumkan tentang apa yang telah terjadi ke atas anak-anak mereka. (Guru Besar dan PK HEM asyik menyebut bahawa mereka takut diserang oleh ibu bapa mangsa-mangsa.)

4) Guru Besar meminta K untuk bersemuka dengan "cikgu" dan selesaikan masalah antara mereka di situ saja.

5) Guru Besar menggesa anak K untuk pergi ke sekolah seperti biasa (despite feeling traumatized, ashamed, disturbed, and scared), walaupun "cikgu" itu juga ke sekolah hari-hari seperti biasa (maybe not teaching, just working in the office, but still, free on police bail). Anak K diberitahu- "takpa, kalau terserempak dengan cikgu tu jangan pandang."

Truthfully, she doesn't need to look. The thought of being in the same building with her molester, almost every single day, is already very depressing. Have we failed our kids?
___

Ini bukan tentang anak K, kawan saya saja; ini tentang murid-murid yang lain di SK Taman Nirwana Ampang dan juga tentang anak-anak kita semua seluruh Malaysia.

Sebenarnya kita tak perlu ada anak perempuan pun untuk befikir dengan waras dan perikemanusiaan. Mengapa dibela manusia yang memalukan profesion guru dan mencemar institusi pendidikan? Mudah-mudahan Tuhan memelihara dan melindungi anak-anak kita semua. Amin ya rabbal alamin.

Dialu-alukan untuk sebar,
dipersilakan untuk kongsi.
Assalamu'alaikum.
___

UPDATE 180718 : Assalamu'alaikum dan salam hormat.

Bagi mewakili K, saya ucapkan terima kasih kepada semua atas perhatian, sokongan, nasihat, dan pelbagai bentuk / saluran bantuan yang telah ditawarkan buat kami. We are overwhelmed by the love and kindness shown by Malaysians. Alhamdulillah ramai yang setuju, dan ada juga yang tidak; yang "pm tepi" dan berkeras isu ini harus dirahsiakan.

I wrote the status update above as requested and approved by K who is an advocate and solicitor herself. Nama beliau dan nama sekolah dinyatakan atas permintaan dan kelulusan beliau sendiri. Beliau berkeputusan merahsiakan nama "cikgu" untuk elak defamation. I am just a medium, just helping out a friend, as K believes I may have a bigger platform here on social media in order to shed light on this case, and to encourage the school (dan pihak lain yang terlibat) to be more proactive; lebih telus dan jujur. InsyaAllah.

Both sexual harassment and sexual assault happened but the word "sexual harassment" is used here, kerana isu ini tidak melibatkan kes anak K saja, tetapi kes murid-murid yang lain juga. In general, as a whole, the word "sexual

harassment" covers and sums all cases better.

Saya juga pernah menjadi seorang pensyarah dalam sektor kerajaan dan hingga ke hari ini masih mengajar dalam pelbagai cara. Perkongsian dan pendedahan ini bukan tanda saya atau K memalukan institusi pendidikan. Yang memalukan profesion perguruan itu adalah mereka yang telah pecah amanah dan pecah kepercayaan.

Mudah-mudahan kami tidak terus disalah faham tetapi kalau iya pun, tak apalah, jika itu harga yang perlu dibayar untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kes sebegini masih wujud. I wouldn't agree to spread this awareness if I don't love / care about our children and our country. Wallahu a'lam.

Terima kasih sekali lagi dan assalamu'alaikum.

Orang kecil,
Wani Ardy