Breaking News

Ini Kisah Setiap Perokok Di Kedai Makan Wajib Baca & Hadam.

Oleh : Shahida Nafishah Jamaludin

This is currently happening.

This small family duduk depan table Kak Nam and Bang Nam.



Gambar -  Shahida Nafishah
The dad - hisap rokok.

Asap rokok dia tebal and berkepul kepul.

Direct kena makanan kat table kitorang.

Let's not talk about Kak Nam first ok.

Kau nampak anak dia kat sebelah tu?

Anak dia tengah makan nasik lemak.

Bapak dia SELAMBA pegang rokok - halakan muncung rokok dekat anak dia yang tengah makan.

Sikit tak rasa bersalah.

Tapi fine.

Anak kau kan. Anak kau bukan anak aku. So kalau kau sendiri tak sayang anak kau - kau punya pasal.

Tapi asap dia menghala ke our table and food DIRECTLY.

Bang Nam dah start buat muka. Dia pantang betul orang tak ada sivik macam ni.

Kak Nam mula mula diamkan.

Tapi bila Kak Nam nak bukak mulut masukkan makanan - asap rokok tu masuk sekali dalam mulut Kak Nam.

So Kak Nam looked around.

Unfortunately all the tables were fully occupied.

So - kau nak expect Kak Nam telan all the smoke?

Maka Kak Nam pun approached.

"..Bang - boleh alihkan sikit rokok abang? Asap dia kena direct kat table kitorang.."

Kak Nam punya lah senyum manis sebab Kak Nam tau ni open air - tempat awam. Kak Nam cuma minta budi bicara and consideration je.

Kau tau dia jawab apa?

"..Apa masalah kau? Ni tempat awam! Kau pergi makan kedai lain!.."

Dia sound.

Kak Nam jawab -

"..Saya tau ni tempat awam. Saya tak suruh abang berhenti or matikan rokok. Saya minta alihkan sikit jadi asap tak kena kami. Table penuh bang.."


Then Kak Nam blah. Malas nak layan sebab I have got other big thing playing on my mind.

Dia buat bodoh.

Masih teruskan merokok.

Tapi lepas tu agaknya dia tak puas hati - dia jerit tiba tiba -

"..Tak nak kena asap rokok makan hotel la woi! Tak nak kena asap tapi makan kedai cikai. Mentang mentang kau tak merokok!.."

Semua orang pandang dia.

Kak Nam pun pandang je tak cakap apa apa.

Sebab - instead of marah - Kak Nam rasa kesian kat anak and isteri dia dapat ayah and suami macam ni.

Sudahlah perokok - budi bahasa pun tak ada.

Karang apa apa jadi kat anak bini - salahkan semua orang - sedangkan diri sendiri perangai macam malaun.

Sebelah table Kak Nam - sekumpulan budak muda duduk melepak.

Atas table masing masing semua ada rokok and lighter.

Tapi sorang pun tak smoking.

Budak muda pun tau hormat tempat makan dan orang lain.

Yang tua pulak langsung tak boleh diteladani.

Maka Kak Nam nak cakap kat semua orang - masyarakat tak benci perokok - tapi masyarakat benci orang yang tak ada budi bahasa dan budi bicara.

Kak Nam hidup dengan smokers all my life.

Tapi Kak Nam tak benci sorang pun - sebab so far - yang Kak Nam jumpa semua reti hormat orang lain.

Yang ni - mungkin species terlepas dari planet lain.

Harap harap kau yang merokok - ingat benda macam ni.

Sebab orang orang macam ni lah - rosak nama semua perokok sedunia.

Hormat menghormati tak merendahkan darjat kita pun.

Dan sebenarnya - sebab tu tempat awamlah maka kau kena belajar bertolak ansur. Sebab itu milik bersama dan bukan kau sorang.

If that was a private space of yours - by all means - berasap la kau sampai mampos. Tak ada siapa kisah.

Tolong jangan jadi manusia tak bertamadun. Jangan embarass anak bangsa.

Malaysia dah lama merdeka.

Tu je Kak Nam nak cakap.