t>

Breaking News

Gara-Gara Makan Ramen Tiap Minggu Tak Minum Air, Usus Wanita Ini Luka, Habis RM10,000.

Oleh : Viral Media Johor

Peringatan Yang Suka Makan Ramen

Ini kisah 3 tahun lalu.

Abang nak ingatkan semua, isteri abang makan benda ni tiap-tiap minggu dalam masa sebulan usus perut jadi luka. Ingat tak waktu tu semua org kat Malaysia gila-gila buat Ramen Challenge ni?



Isteri makan habis sebekas, tiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum nengok dia makan sambil tak perlukan air... 😊Akhirnya kos dekat RM10 ribu (dalam 1 malam) untak masukkan kamera dalam perut untuk mencari puncanya, kerana dah terguling-guling menahan kesakitan malam itu...

Kejarkan juga ke hospital swasta Colombia akibat ramainya orang di hospital Taiping waktu malam tu. Dalam kamera dan X-ray dapat tengok bahagian luka tu, Doktor cakap kecik sangat tapi azabnya, Allah sahaja yang tahu. Luka di bahagian usus amat bahaya kerana kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh lukanya, Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor.

Punca kesakitan yang tak tertanggung tu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ni. Hati-hati yer 😭😭😭. Tanda-tanda luka tu mula-mula perut akan rasa susah nak sendawa dan rasa angin dalam perut... Lama-lama akan jadi sakit macam kena cucuk-cucuk kat hulu hati dan lepas tu baru berguling-guling menangis kesakitan.

Abang tak larang korang makan, nak makan pun makanlah, tapi kalau dah jadi macam isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas boleh memudharatkan. 


Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya. Sebenarnya duit boleh dicari tapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin tahan pedas tetapi dalaman belum tentu. 😊😊.

Sumber : Otad Al Miko