t>

Breaking News

Jatuh Maut, Hidup Si Miskin Kota Diperas Habis-Habisan.

Oleh : Arif Atan

Jatuh maut, hidup si miskin kota dijerut.
Seorang budak perempuan berusia 4 tahun maut tergelincir dari tingkat 17 Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, Selangor semalam.

Saksi ada memberitahu terdengar bunyi tiga kali dentuman kuat dipercayai tubuh mangsa terhempas di beberapa piring pemancar stesen televisyen sebelum jatuh ke lantai.




Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Siti Nur Nadhira Hairul Anuar ditinggalkan sendirian sebab kakaknya, Siti Nur Natasha, 14, menghantar seorang adiknya ke sebuah tadika di Blok D PPR itu.

Mereka enam beradik semuanya dengan mangsa merupakan anak bongsu kepada pasangan Hairul Anuar Kusnan, 45 dan Rozneen Hashim, 36.

Suami isteri itu keluar dari rumah sejak jam 6 pagi menjual nasi lemak di Bukit Jelutong, Shah Alam yang memakan masa kira-kira 30 minit perjalanan.

Natasha seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 nampaknya bertugas menjaga adik-adiknya - satu ciri tipikal bagi keluarga berpendapatan rendah.

Dalam laporan akhbar, boleh dilihat Natasha masih lengkap berbaju sekolah menangis meratap di sisi jenazah adiknya di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB).

Ini secebis kisah sedih yang memberi gambaran bagaimana warga kota bertungkus lumus untuk meneruskan hidup.

Adakah mereka pemalas? TIDAK, MELAYU BUKAN PEMALAS! Mereka berjuang di tanahair sendiri sedang dalam masa yang sama ada pemimpin MELAYU yang mempunyai ratusan juta wang tunai yang disimpan di dalam rumahnya!

Melayu terus berjuang untuk hidup walaupun ada belasan juta wang tunai dijumpai di pejabat pemimpin kerajaan. Terus berjuang walau ada pemimpin yang meninggalkan harta berbilion ringgit yang diketahui selepas kematiannya.

INI BUKAN ISU POLITIK! Apa yang cuba dijelaskan adalah mengenai bangsa MELAYU yang gigih berjuang meneruskan hidup kerana kewujudan sebilangan MELAYU yang bergelar pemimpin yang mengkhianati mereka.

Apalah gunanya kekayaan dan kemewahan kalau sekuranya masih terdapat masyarakat sekeliling yang masih berhempas pulas hanya untuk meneruskan kehidupan?

BAGAIMANA UNTUK KITA MENGUBAH SISTEM INI AGAR AGIHAN KEKAYAAN YANG DIKURNIAKAN KE ATAS BUMI BERTUAH INI DAPAT DINIKMATI OLEH SETIAP RAKYATNYA?

Kepada setiap rakyat Malaysia yang hanya memetingkan diri anda di dalam mencari kekayaan, yang terus memeras dan menipu orang lain tanpa memikirkan kesusahan orang lain.. maka CELAKALAH kalian semua. Semuga azab anda ditimpakan atas kalian kelak

SEKIRANYA KITA MEMPUNYAI KEKAYAAN DAN LEBIHAN WANG, jelinglah dan pandanglah pada insan lain di sekeliling kita. Berikan bantuan sekadar kemampuan kita. Insya Allah.