t>

Breaking News

Pesakit Mental Ini Melakukan Ganguan Seksual Pada Kanak-Kanak 12 Tahun Dan Berakhir Dengan Tragedi..

Oleh : Sham Shinoda

Kali ni kes pedo agak rumit sikit,

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun menjadi mangsa seksual kepada seorang lelaki yang ada kad oku mental, maknanya orang tu gila, bila gila maka ia terlepas!!


Pemangsa sudah pernah lakukan buli seksual kepada mangsa sejak tahun 2017, namun polis melepaskan pemangsa atas alasan mempunyai kad oku mental. Aku pun kurang arif apakah ini prosedur normal PDRM apabila pelaku memiliki kad pesakit mental.

Tapi kali ini pemangsa sudah melakukan jenayah seksual yang merubah kehidupan adik kecil ni.

Adik kecil ini dipanggil ke tingkat 20, dan dipaksa oleh pemangsa untuk menonton video lucah yang ada dalam telefonnya. Pelik juga macam mana seorang pesakit mental boleh ada video lucah dalam telefon bimbitnya.

Lepas tu mangsa dipaksa untuk melakukan adegan yang sama, dan kurang pasti sama ada kerana mengulangi adegan itu, mangsa terjatuh dari tingkat 20 ke tingkat 19.

Ada saksi yang mengatakan pemangsa ini melambung-lambung adik kecil ni hingga terjatuh ke tingkat 19.

Akibatnya adik ini mengalami kecederan serius dikepala, dan lebih malang sesudah pembedahan adik kecil ini hilang upaya fizikal atau pun tidak mampu lagi bangun tanpa bantuan!!!

Report polis kedua telah pun dibuat oleh ibu mangsa tapi pihak polis masih lagi melepaskan pelaku atas alasan pelaku memiliki kad mental oku.

Kalau begini prosedur standard pihak berkuasa, apa akan jadi pada kanak-kanak sekitar PPR tersebut? Adakah akan ada kanak-kanak lain pula menjadi mangsa? Dan pelaku dibiarkan terus bebas atas alasan pesakit mental?

Isnin ini saya akan dapatkan pegawai dari D11 untuk meminta penjelasan berhubung perkara ini. Dan meminta nasihat peguam tindakan apa yang boleh dilakukan.

Ketika aku melawat adik ni, ternyata traumanya masih belum hilang, menjerit-jerit ketakutan.

Semoga ada keadilan untuk adik ini.