t>

Breaking News

Antivaksin Sembang Kencang Salahkan Mak Bapa Lambat Dapatkan Rawatan, Kalau Divaksin Mati Juga Katanya.

Oleh : Dr. Mohd Syamirulah Rahim
 
ANTIVAKSIN MENYALAHKAN IBUBAPA LAMBAT DAPATKAN RAWATAN DALAM KES KEMATIAN TERKINI

Apabila Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian difteria melibatkan antivaksin, sudah tentulah geng-geng antivaksin ini akan meloncat.

Perkara pertama yang mereka lakukan adalah....seperti biasa, BERLEPAS TANGAN.

Kalau dalam kes-kes difteria sebelum ini mereka mengatakan punca kematian adalah disebabkan persekitaran yang kotor lah, taraf sosial keluarga pesakit yang rendah lah, siap ada yang menyalahkan PBT dan Jabatan Kebajikan Masyarakat lagi.

Pada kes kali ini, mereka menyalahkan IBUBAPA yang LAMBAT mendapatkan rawatan. Menurut kenyataan KPK, kanak-kanak tersebut mendapat simtom awal pada 4 Oktober, namun mendapatkan rawatan pada 11 Oktober iaitu seminggu selepasnya.

Geng antivaksin tegar meletakkan ini punca kematian bayi berkenaan, malah dengan bangganya berseloroh bahawa kononnya kalau anak yang divaksin pun, akan meninggal dunia kerana lewat mendapatkan rawatan.

(Ironi kan, sebab selama ini mereka juga yang katakan penyakit yang boleh dicegah vaksin ini seperti measles, pertussis dan difteria adalah "biasa-biasa" sahaja. Cukup makan Vitamin C banyak-banyak kerana jangkitan virus sahaja, katanya. Biarkan anak-anak sembuh sendiri untuk develop NATURAL immunity katanya, berbanding imuniti artificial seperti vaksin).

Hakikatnya ini adalah SALAH.

Saya bawakan ke sini, statement KPK mengenai kes kematian difteria pada tahun 2017. Pada tahun itu, terdapat satu kes kematian difteria kepada kanak-kanak WARGANEGARA ASING yang TIDAK MENDAPAT IMUNISASI. Gejala bermula pada 18 Julai 2017 dan ibu telah membawanya mendapatkan rawatan pada 21 Julai, iaitu SEAWAL TIGA HARI gejala.

Kanak-kanak malang ini telah diberikan rawatan AWAL, malah turut diberikan rawatan khas iaitu 10 vial antitoxin difteria yang SANGAT mahal.

Malangnya, kanak-kanak ini meninggal dunia juga pada 26 Julai, iaitu lima hari selepas rawatan bertungkus lumus diberikan.

Ruj : https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-8-ogos-2017-kes…/

Bagaimana pula kalau kanak-kanak yang dah divaksin?

Mari kita tengok lagi, sebuah kes positif difteria di Malaysia pada tahun 2016 pula. Pada tahun ini, terdapat sebuah kes di Perak melibatkan kanak-kanak yang disahkan positif difteria.

Kanak-kanak ini DIBERIKAN IMUNISASI SEPENUHNYA. Namun pada 12 Ogos beliau mengalami gejala, dan hanya mendapatkan rawatan pada 17 Ogos 2016 iaitu LIMA HARI selepas gejala bermula. Itu pun pada awalnya beliau hanya dirawat sebagai EXUDATIVE TONSILLITIS sahaja, maksudnya TIADA SELAPUT di kerongkong, dan hanya apabila keputusan kaji kuman balik sahaja baru tau positif difteria.

Kanak-kanak ini hanya diberikan rawatan antibiotik sahaja, TANPA antitoksin, dan beliau beransur pulih dan SEMBUH sepenuhnya.

Ruj : https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-26-ogos-201…/

Ini saya hanya ambil contoh TIGA kes di Malaysia termasuk yang terbaru ini bagi menunjukkan bahawa imunisasi Difteria bukan setakat mengurangkan risiko dijangkiti difteria (tiada vaksin 100% berkesan), tetapi bahkan DAPAT MENGURANGKAN KOMPLIKASI DAN KEMATIAN.

Kenapa?

Kerana kanak-kanak yang telah diberikan vaksin difteria, telah memiliki memori antibodi spesifik kepada difteria. Justeru apabila muncul sahaja kuman difteria, tubuh badan akan TERUS menghasilkan ANTIBODI spesifik kepada kuman ini.

Saya sebut "ANTIBODI SPESIFIK" kerana ia tidak sama dengan minum susu banyak-banyak atau makan makanan tertentu yang didakwa boleh "meningkatkan antibodi". Yang disebut adalah antibodi spesifik ke atas difteria sahaja.

Berbanding kanak-kanak yang TIDAK divaksin, apabila kuman difteria ini memasuki tubuh badan, badan akan MENGAMBIL MASA untuk mengenalinya malah membin antibodi melawannya.

Akibatnya, kuman ini sempat mengeluarkan TOKSIN, dan TOKSIN inilah yang membunuh. Boleh baca penulisan saya yang ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1060634320693732&substory_index=0&id=1040952502661914

Konklusinya,

Wahai ibubapa, janganlah begitu jahil mempercayai cakap orang yang tidak menerima pembelajaran dan terlatih dalam bidang perubatan. Apatah lagi orang FAKE ACCOUNTS yang sama sekali tidak ada sebarang latarbelakang mahupun kebertanggungjawapan.

Agama kita mengajar untuk merujuk kepada ahli atau pakar dalam sesuatu bidang. Bab pembinaan, ada pakarnya. Bab agama, ada pakarnya.

Begitu juga bab perubatan dan penyakit, ada pakarnya.

Itulah yang dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak yang meninggal dunia tersebut. Hanya apabila anaknya sudah tenat, baru mahu datang ke hospital mencari PAKAR di hospital. Yang akhirnya bayi meninggal dunia, di hospital juga.

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT. Anda mampu mengubahnya.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Medical Mythbusters Malaysia (M3)