t>

Breaking News

Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM.

Pelajar sekolah di Terengganu dilaporkan paling gemar melayari portal lucah dan kerap ponteng sekolah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Data kajian itu kini tular di laman sosial selepas dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Faizah Ismail.


"Sharing is caring🌹

Data yang sangat menggerunkan daripada perkongsian pagi tadi, data terkini daripada KKM menunjukkan Terengganu adalah negeri tertinggi peratusan remaja ponteng sekolah dan remaja melayari pornografi!

Allahu Akbar... Sangat menakutkan!

Semua harus berperanan, ibu-ibu khususnya mulakan dengan berkomunikasi dengan anak-anak...

#MAPTerengganu
#SayNoToPornography,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Kaji-selidik itu dikenali sebagai TAHAP KESIHATAN REMAJA yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia.



Kaji selidik itu dijalankan di semua sekolah menengah peringkat nasional dimana 27,497 pelajar dari tingkatan satu hingga lima terlibat.

Kaji selidik itu juga mendapati pelajar-pelajar sekolah ini ada melakukan perhubungan seks.


Sebelum ini satu kajian yang dilakukan oleh pornhub mendedahkan negeri Terengganu paling lama menghabiskan masa di portal lucah itu.



Begitu juga dengan isu ponteng sekolah. Terengganu, Sabah, Perlis ialah negeri yang dilaporkan pelajarnya paling kerap ponteng sekolah.

Manakala Kelantan, Pahang, Negeri 9, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur pula pelajar-pelajarnya serdahana ponteng sekolah. Negeri yang berada di prestasi normal ialah Melaka, Sarawak dan Johor. - SoZPress.