t>

Breaking News

Akhirnya Ada Kes Bayi Di Malaysia Berdarah Otaknya Kerana Menolak Suntikan Vitamin K.

Oleh : Amirul Amzar

KES BAYI DI MALAYSIA MENGALAMI PENDARAHAN OTAK AKIBAT PENOLAKAN SUNTIKAN VITAMIN K

Dahulu, pernah saya kongsikan kes sebenar pendarahan otak pada bayi akibat tidak menerima suntikan vitamin K. Ianya teruk hingga bayi ini perlu menjalani pembedahan kepala. Namun kes ini berlaku di luar negara. Boleh rujuk pos terdahulu saya di sini.

Sekarang, saya mendapat tahu ada ibu bapa yang menolak vitamin K di Malaysia ini hingga anaknya mengalami pendarahan otak. Dah lah memudaratkan anak sendiri, malah cuba menolak kesalahan pada pihak hospital yang cuba menyelamatkan anak mereka. Boleh rujuk screenshot di bawah. Kes ini adalah kes pendarahan akibat kekurangan vitamin K yang klasik (classical VKDB).



Ironinya, mereka merujuk kepada kumpulan tidak bertauliah di FB, untuk menjadi penasihat kesihatan anak mereka. Tiba-tiba keluar pula komen kata pendarahan itu salah pihak hospital sebab "prolong labor". Masalahnya, definisi prolong labor pun mereka tak jelas. Aduhai.

Sedikit informasi ringkas.

➡️ Suntikan vitamin K sewaktu kelahiran mencegah pendarahan pada bayi. Bayi dilahirkan dengan kepekatan vitamin K yang rendah dan ini boleh menyebabkan pendarahan sama ada pada kulit, otak atau usus bayi. Bacaan lanjut berkaitan vitamin K boleh dibaca di sini.

➡️ Susu ibu sahaja tidak cukup untuk menggantikan suntikan vitamin K.

➡️ Delayed Cord Clamping tidak terbukti mengurangkan risiko pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K. Malah, dalam situasi kecemasan, DCC melambatkan proses resusitasi pada bayi. Ia boleh menjurus kepada asphyxia dan asphyxia juga adalah satu penyebab kepada pendarahan otak.

Semoga masyarakat sedar bahayanya bila terpengaruh dengan kesongsangan golongan begini. Bukan sahaja otak bayi rosak, otak ibu bapa pun ikut rosak sampai tak sedar mereka yang sedang membunuh masa depan anak mereka.

P/S : saya sedih memikirkan nasib anak kecil yang mengalami pendarahan dalam otak hingga menyebabkan kecacatan berpanjangan.