Apa Yang Perlu Dibuat Bila Anak Kecil Terlibat Aktiviti Seks? Ini Penjelasan Pakar.
Oleh : Mohd Fadli Salleh
Aku tarik nafas panjang hari ini. Dua kes masuk dalam inbox aku bercerita tentang anak-anak yang dah pandai buat seks. Seawal enam tahun dan darjah satu!
Mereka pm aku minta pendapat, aku sendiri terus kaku dan blur tak tahu nak jawab apa. Mujur aku geng dengan pakar bab hal-hal macam ni.
Terus aku tanya pendapat Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan Mohd Fadhli, kawan aku yang aktif memberi kesedaran tentang Pornography dan seksual awal remaja yang perlu dibendung segera.
Kes pertama, anak tahun satu bermain 'kocak2' dalam almari. 'Kocak' ni bahasa Kelantan bermaksud hubungan seks.
Tahun satu bhai. Allahu.
Apa nak buat jika kita terima kes yang sama tuan-tuan? Ini jawapan kawan aku si akhi Fairuz;
1. Bagi tahu pada guru kelas
2. Kes kena sampai pada kaunselor sekolah
3. Kaunselor kena pastikan budak-budak ini dibantu
4. Mak ayah budak beromen ni kena tahu
5. Kena terangkan dengan jujur apa yang berlaku, kesan jangka panjang, dan rawatan pemulihan untuk budak berdua tu.
6. Kena buat program pendidikan seksual pada anak-anak di sekolah.
Wajib. Sebab 2 orang budak ni, habis kawan-kawan yang lain.
*******
Kes kedua pula tentang anak baru 6 tahun dah pandai masturbate (melancap). Iya, enam tahun tuan.
Punca? Kemungkinan besar anak pengasuh yang ajar. Bahkan sampai tahap hisap kemaluan. Allahu. 😓
Kes macam ni nak handle macam mana pula? Nah jawapan pakar;
1. Mak budak kena tahu anak dia tak tipu. Apa dia cakap semuanya betul.
2. Pukul anak atas asbab bukan kesalahan dia adalah cara yang salah.
3. Si ibu patut sedar bila anak kongsi cerita sebenar dia patut bersyukur sebab boleh bantu dan cegah perbuatan anak dari awal.
4. Anak pengasuh sebagai seorang remaja yang groom bdk 6 tahun ni kena diberitahu apa dia buat salah, kalau si ibu report polis, dia akan dipenjarakan.
5. Kedua budak kena dibantu, baik yang 6 tahun dan mangsa.
6. Jadi, mereka ada 2 option sahaja, bela anak dengan buat report polis. Yang kedua, lahirkan rasa kecewa dan marah pada keluarga pengasuh. Dan kata implikasi pada anaknya.
******* *
Seram kan dunia zaman sekarang? Sebab tu aku risau sangat dan tak setuju jika murid sekolah dibenarkan bawa telefon. Lebih mudah hal dan kes seperti ini merebak.
Entahlah. Malam ni aku ada berborak dengan Dr Tuan Zamani Amir tentang hal seumpamanya juga.
Kami masing-masing risau dengan anak-anak sendiri. Mampukah kita menjaga mereka sebaik mungkin agar tidak terpengaruh dengan budaya seperti ini?
Moga-moga anak-anak kita semua terlindung dari perkara begini. Namun kena ingat tuan-tuan, doa sahaja tak mampu mengubah keadaan.
Kena bertindak dan mengawasi betul-betul anak-anak kita. Kerajaan dan pihak berkuasa pula perlu lebih tegas dengan golongan gei dan seumpamanya ni.
Makin lama makin bebas dan berkuasa nampaknya golongan ini. Bebas sungguh di alam maya dan alam nyata. Terutama di media sosial seolahnya tiada undang-undang mampu menghalang mereka.
Ini boleh mempengaruhi anak-anak kita yang selalu menghabiskan masa dengan gadjet dan mempunyai akaun media sosial.
Kerajaan dan pihak yang ada kuasa, tolong ambik serius hal ini. Kerana anak-anak kecil yang tak tahu apa inilah generasi yang bakal mencorak negara masa depan.
Masyarakat kita sedang tenat. Tolong berganding bahu lakukan sesuatu.
#MFS : Seram dengan kerosakan akhlak.