t>

Breaking News

Lebih Baik Focus Isu Nafkah Dan Hak Isteri Diabaikan, Bukan Permudahkan Poligami Ajer..

Oleh : Nas Gelizzo

Nak permudahkan poligami pula. Lebih baik fokus pada isu nafkah dan kebajikan si isteri. Kadang ada si isteri yang diabaikan, tidak mendapat hak yang sepatutnya dan ditindas sehingga tertekan dari segi mental. Tapi orang tak peduli sangat.




Ada juga si isteri yang takut bersuara pasal hal ini tapi tak berani sebab mulut telah terkunci atau dikunci dengan nama agama. Para suami yang pandai nak tambah bini tapi tak pandai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami jangan ada hati nak petik nama nabi.

Nabi bermonogami (beristeri satu) selama 25 tahun dan selepas wafatnya Khadijah barulah mula berpoligami itu pun sebab ada banyak situasi dan faktor tertentu yang bersesuaian dengan keadaan dan masa ketika itu.

Sepatutnya perketatkan syarat-syarat supaya yang betul layak sahaja boleh berpoligami. Nak ikut sunnah tapi kebajikan si isteri pun tak jaga tapi ada pula hati nak tambah lagi bini. Lelaki mana pun boleh kahwin dan jadi seorang suami tapi bukan semua yang boleh jadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Baca komen-komen oleh banyak lelaki pasal hal poligami ini buat serabut kepala. Salah satu komen yang tak boleh nak dihadam oleh otak aku ialah ini. "Bagus poligami ni untuk tambah dan meramaikan umat Muhammad dan umat Islam daripada meramaikan Bangla dan Nepal dekat sini."

Kalau hidup sebagai orang Islam tapi/dan tak habis-habis asyik bercakap pasal LGBT, poligami, syiah, wahabbi, akhir zaman, jarum halus yahudi, agenda Kristianisasi, Oktoberfest dan Sajat, memang tak kemana dan tak jadi apa lah. 


Pusing mai pusing pi, duk disitu ja lah sampai kesudah. Nak cakap lebih dalam hal ini, nanti akan kena "sound" kata melawan sunnah dan tak pandai hukum agama pula. - SoZPress.