t>

Breaking News

Hindraf Pun Suka Perlekehkan Ucapan Orang Lain Dengan Menggunakan Video Lama Bidas Ustaz.

Membidas Islam terutamanya menggunakan petikan-petikan ucapan dari rakaman lama, itu juga dilakukan oleh Hindraf dan P. Waytha Moorthy kata Ustaz Firdaus Wong dalam satu kenyataan di Facebooknya.


Menurut Ustaz Firdaus, meskipun Menteri Perpaduan itu mengatakan video yang tular itu adalah rakaman lama namun pemimpin Hindraf itu tidak pernah menarik balik dakwaannya apatah lagi meminta maaf. 

Oleh itu desakan meletakkan jawatan adalah berasas.

Berikut adalah kenyataan itu;



Kepada Encik Waytha Moorthy Ponnusamy

1. Tiada siapa yang mengatakan video yang tular itu adalah video baru. Yang menjadi isu adalah isi kandungan yang En Waytha sebut dalam video itu. Jangan alih isu!

2. Jangan lupa bahawa anda dan Hindraf juga suka gunakan video dan ucapan lama orang lain dan memetik di luar konteks.

3. Anda sekarang menyalahkan BN & UMNO kononnya bangsa India tertindas lalu membuat demonstrasi pada 2007 tetapi kemudian anda dengan bangganya menerima jawatan sebagai Timbalan Menteri?

4. Walaupun video itu adalah video lama tetapi isi kandungannya adalah baru buat masyarakat Malaysia dan anda masih belum meminta maaf dan menarik balik tuduhan dan fitnah anda itu!

En Waytha, anda telah mengkhianati Malaysia di persada antarabangsa dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia dengan memburuk-burukkan Malaysia di luar apatah lagi menjadi Menteri & Menteri Perpaduan!

Diminta polis menyiasat dan menahan Waytha Moorthy di bawah SOSMA sebagaimana dicadangkan oleh seorang pemimpin PH. - SoZCyili.