t>

Breaking News

Kisah Edi Rejang Dan Beberapa Pengajaran Darinya Untuk Melayu Hayati - Rayuan Untuk Selamatkan Anak Edi Rejang Dari Diberhentikan.

EDI REJANG - Satu nama yang tiba-tiba meletup di internet dalam masa satu hari berikutan aksinya yang menunjukkan isyarat lucah kepada seorang gadis berbangsa cina yang bekerja sebagai promoter Carlsberg di pasaraya Giant.

Nama Edi Rejang mula meniti dari satu jari warganet ke jari warganet yang lain kerana aksinya yang tak masuk akal itu tidak dapat diterima oleh masyarakat bahkan telah mendatangkan "kemaluan yang besar" pada bangsanya dan agamanya. 

SHIT. Begitulah rasanya bila melayu mendapat tahu adanya melayu sebegini didalam masyarakat kita.

Aksi Edi Rejang yang kononnya macam good-good selepas menunjukkan fuck pada seorang promoter cina;



Netizens yang tidak berdiam diri mula mengambil tindakan;

👉 menyebarkan tindakan Edi Rejang ke seluruh alam maya, Twitter, blog, portal, Instagram, Facebook, WhatsApp, Telegram, dan segalanya. Tiada yang tidak kenal nama Edi Rejang setakat jam 10 pagi waktu tempat 21 November 2018.

👉 Memberikan komen-komen kecaman di semua post yang membabitkan isu Edi Rejang. Bahkan akaun sosmed Edi Rejang diserang hebat sehingga terpaksa melarikan diri. Di Instagramnya, gambar-gambarnya dicuri dan disebarkan secara berleluasa. Bahkan gambar di tempat kerjanya juga disebarkan bagi tujuan mendesak majikannya.

👉 Gambarnya bersama anaknya disebarkan netizens tanpa rasa simpati sama sekali. Anaknya turut menjadi bahan serangan netizens berhati batu kerana dihantar ke sekolah cina. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang melihat perlakuan tidak bermoral di sosmed itu terpaksa membuka mulut untuk masuk campur dengan menyeru semua pihak menghentikan serangan terhadap anak Edi Rejang meskipun sasarannya adalah Edi Rejang. Malangnya saranan itu sudah terlewat kini semuanya sudah mengetahui RUPA PARAS dan NAMA SEKOLAH anak Edi Rejang. Jika kanak-kanak itu mendapat tempias di masa-masa akan datang maka netizens yang membuka ruang itu perlu bertanggungjawab kerana tiadalah beza mereka dan Edi Rejang. Sama-sama bodoh, sama-sama SHIT.

👉 Ahli Parlimen DAP bersegera membuat laporan polis bagi membela anak bangsanya. 

 
Menurut SOCIAL MEDIA INFLUENCER pula, Asrul Muzaffar;

👉 Edi Rejang telah memohon maaf dan merasa amat kesal terhadap tindakannya pada seorang amoi cina di Giant, Ampang Point.

👉 Tindakan Edi Rejang tidaklah bermotifkan politik

👉 Edi Rejang telah diberhentikan kerja serta merta setelah berkhidmat disitu selama 10 tahun lamanya. Isteri Edi Rejang tidak bekerja dan kini keluarganya kehilangan sumber pendapatan.

👉 Kini, anak Edi Rejang diancam untuk diberhentikan sekolah (SJKC) di tempat beliau belajar kini. 

Asrul turut meminta semua pihak untuk membantu menyelamatkan anak Edi Rejang dari diberhentikan sekolah dan tidak menghukum isteri dan anaknya yang tidak bersalah sama sekali dalam insiden tersebut.

Edi Rejang yang memohon maaf;


 
Seorang lelaki cina yang tampil memaki hamun Edi Rejang. Lelaki itu juga sama SHIT seperti Edi Rejang kerana gagal SEJARAH apabila menghalau melayu balik ke Indonesia dan memaki hamun. Tiadalah beza beliau dan Edi Rejang;



Pengajarannya disini;

👉 Tidaklah boleh walau sesekali bangsa melayu membuat apa-apa tindakan melulu tanpa memikirkan kesannya pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsanya dan agamanya. Tidak boleh.


👉 Sekali sahaja perkara jahat yang dibuat melayu, kaum lain di Malaysia akan mengingatinya sampai mati. Jadilah tidaklah melayu itu boleh menjadi jahat, lalai dan biadap dimana-mana waktu dan ketika.

👉 Untuk meningkatkan martabat bangsa sendiri dan agamanya, hendaklah melayu itu berbuat baik setiap masa dan ketika. Jangan pergi tunjuk fuck dekat promoter arak dan kata itu perjuangan Islam, jangan. Jangan pergi maki kaum cina dan india kat sosmed dan kata itu perjuangan bangsa. Jangan. Kebodohan anda cukup untuk anda. Tak perlu paparkan di seantero dunia.


👉 Apabila semua melayu melakukan kebaikan dan tidak sewenang-wenangnya membuat perkara bodoh, perlahan-perlahan sangkaan buruk, hinaan dan cacian serta persepsi negatif yang dipalitkan ke atas melayu akan terhapus dan termati dengan sendirinya.


👉 Apa yang dilalui oleh Edi Rejang adalah kesan akibat dari pemikiran jika kau rasis aku pun boleh jadi rasis, jika kau jahat aku pun boleh jadi jahat. Pemikiran inilah yang salah dan amat bodoh sekali untuk diikuti. Melayu yang ada pemikiran sebegini adalah melayu barua dan amat SHIT sekali. Tidaklah boleh diikuti jika benar anda seorang nasioalis yang sayangkan agamanya dan bangsanya.


👉 Perkara ini juga mengajar apabila seorang cina dianiaya oleh melayu giler macam Edi Rejang mereka akan bangkit bersatu padu mempertahankan bangsa sementara kaum melayu suka berpecah belah dalam perkara-perkara yang memangsakan kaum melayu. Tidaklah salah bangsa yang bersatu padu itu, yang salah adalah melayu yang terkenal dengan sikap SUKA MENIKAM BELAKANG dan KUAT MENDENGKI. Fikirkanlah.