t>

Breaking News

Syukur, PAS & UMNO Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata MAZA.

Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA)
 

MP UMNO DAN PAS BERPERANAN

Ahli Parlimen UMNO dan PAS menyuarakan bantahan mereka kepada pengkhianat negara di Parlimen Malaysia. Bersyukur atas peranan yang mereka mainkan. Jika di India ada pengkhianat seperti itu, saya percaya dia tidak sempat masuk ke Dewan Parlimen pun. 





Itupun si pengkhianat itu menganggap kononnya dia tidak diberikan hak di Malaysia. Di India, masjid pun sukar hendak dibina, apatahlagi untuk membina atas tanah haram kemudian meminta kerajaan mengiktiraf.
 

Malangnya, dengan tidak malu dia memfitnah negara yang memberi kebaikan yang banyak untuk dirinya sehingga mempunyai pelajaran kemudian menjadi menteri. 

Di Malaysia, tidak pernah ada kawasan seperti di India yang kasta tertentu tidak dibenarkan masuk. Di sini tiada masyarakat dihambakan ataupun diperlakukan kerana kastanya seperti yang berlaku di India. 

Bahkan perkataan 'pariah' pun tidak pernah ada dalam ajaran Islam ataupun adat-istiadat Melayu. Siapakah yang membawa perkataan ke sini? 

Kemudian dia pula yang mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum yang begitu teruk. Apakah rakyat Malaysia boleh membiarkan individu seperti itu terus berada di Malaysia?!! - SoZPress.