CIMB Clicks Nafi Portalnya Dicerobohi Hackers, Tapi Pelanggan Tunjuk Bukti Walaupun Password Salah Masih Boleh Akses Akaun.
Walaupun menafikan portal perbankan dalam taliannya telah dikompromi, pelanggan CIMB Clicks nampaknya tidak mempercayai penafian tersebut.
Ini berikutan dakwaan beberapa pelanggan CIMB Clicks yang menunjukkan bukti meskipun kata laluan yang salah dimasukkan, satu-satu pengguna itu masih lagi boleh mengakses akaunnya.
Antaranya, dakwaan dari seorang individu yang dikenali sebagai TRC Azura Hamzah. Menurut wanita tersebut, beliau dengan sengaja memasukkan kata laluan yang salah ketika mahu login masuk ke dalam akaunnya, dan apa yang mengejutkan, CIMB Clicks membenarkan perkara tersebut dimana akaunnya masih boleh diakses meskipun kata laluan yang salah diberikan.
Berdasarkan semakan, sesetengah pengguna CIMB Clicks juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
Ini pula aduan dari Rudy AS.
Menurut Rudy, sepertimana Azura, beliau juga dengan sengaja memasukkan kata laluan yang salah dan apa yang berlaku ialah CIMB Clicks membenarkan akses ke akaun bank onlinenya.
Untuk itu, Rudy menasihati agar semua pelanggan CIMB Clicks alert dengan permasalahan terbaru itu.
Ada juga pihak yang menasihati pengguna untuk tidak terlalu panik memandangkan setiap transaksi memerlukan TAC sebagai proses pengesahan tetapi ada juga yang mendakwa, kehilangan wang masih boleh berlaku jika ada pautan kepada paypal, dimana tidak memerlukan pengesahan TAC.
Namun, sesetengah pihak menyangkal dakwaan TAC adalah proses pengesahan yang selamat kerana hacker juga mampu menembusi nombor telefon pengguna apabila membuat nombor klon.
Untuk rekod, minggu lalu telah tersebarnya amaran mengenai keselamatan CIMB Malaysia telah dicerobohi oleh sekumpulan hackers. Sejauh mana kebenaran perkara itu masih lagi tidak dapat dipastikan.
CIMB bagaimanapun tidak respon kepada penyebaran berkenaan setakat ini.
Bank itu sebaliknya memaklumkan bahawa pada hujung minggu, memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMB Clicks.
"Selain memastikan sistem itu kini dapat menampung kata laluan yang melebihi lapan aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCAPTCHA pada CIMB Clicks untuk memastikan pengguna bukan bot," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini, susulan berita di media sosial baru-baru ini yang mendakwa portal perbankan dalam talian itu kurang terjamin.
Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi +60 3 6204 7788. - SoZCyili.