t>

Breaking News

Rakaman Video Sikh Bersaudara Amuk Serang Orang Awam dan Polis Viral Di Sosmed.

SOSMED tular dengan beberapa rakaman video yang dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Zuraini Bin Yusof.


Rakaman itu beberapa aksi dua individu yang dikenali sebagai sikh bersaudara yang sedang mengamuk sambil menyerang orang ramai dengan menggunakan pedang dan alat pemadam api.


Malahan anggota polis turut diserang dalam kejadian yang sama.




Menurut Zuraini, kejadian serangan itu berpunca dari kecuaian pihak polis dan pihak berkuasa dalam menanggani kes sehingga mendorong kepada kejadian amuk di lokasi berkenaan.


Berikut adalah kronologi kejadian seperti yang diceritakan oleh Zuraini;

Kes Sikh Gengster Pemilik Bengkel Kereta Bersaudara Mengamok di Jalan 1/2 Taman Putra Perdana Puchong
16 Disember 2018, Ahad 5:30pm.


👉 2 pemuda melayu cedera parah dilibas dengan pedang & disembur dengan alat pemadam api serta beberapa buah kereta rosak teruk.

👉 Pihak Berkuasa Polis dan Majlis Perbandaran Sepang GAGAL tangani isu di peringkat awal walaupun banyak laporan telah dibuat tentang salah laku pemilik bengkel yang berbangsa Sikh bersaudara.


👉 Difahamkan isu bermula dari pihak Sikh yang mengenakan bayaran caj parkir simpan/letak kereta yang tidak munasabah di atas parkir awam selain dari kos baik pulih kereta.


👉 Pemuda melayu, tuan punya kereta ALZA Merah tidak berpuashati lalu membuat laporan polis namun tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak polis.


👉 Beliau cuba untuk mengeluarkan kereta bersama rakan-rakan yang lain tersebut namum pihak singh berlagak gengster menghalang kereta tersebut keluar dari petak pakir dengan meletakan kereta SUV hitam disebelah dan dihimpit oleh 2 kereta lain depan & belakang.


👉 Pergaduhan mula tercetus apabila Sikh bersaudara mula menunjukkan pedang & mengeluarkan kata-kata kesat.


👉 Pihak polis dipanggil ke tempat kejadian namum lambat & gagal mengambil tindakan awal bagi menghalang kejadian yang lebih ganas lagi.


👉 Sikh dua beradik dengan lagak gengster bertindak mengejar & menyerang pemuda-pemuda melayu, melibas pedang memecahkan kereta-kereta dan menyembur alat pemadam api kedalam kereta berhampiran.


👉 Mereka menunjukkan niat untuk mencederakan sesiapa yang cuba menghalang dengan melemaskan sesiapa sahaja menggunakan alat pemadam api dan melibas dengan pedang.


👉 Pihak polis yang lewat tiba ditempat kejadian hanya melihat tanpa mengambil apa-apa tindakan walaupun Sikh bersaudara mengacukan pedang dan menghambur alat pemadam api pada orang ramai.


👉 Mereka kemudian melarikan diri kedalam kedai bengkel dan tidak mahu keluar walaupun dipanggil oleh pihak polis.
👉 Pihak ambulan yang dipanggil ke tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera juga lewat tiba.


👉 Seorang pemuda melayu dilaporkan diberikan 10 jahitan & seorang lagi masih sesak nafas & tidak begitu mendapat perhatian segera dari pihak hospital.


👉 Lewat malam kemudian kedua-dua Sikh telah diberkas oleh pihak polis dan di bawa ke IPD Sepang.


👉 Laporan polis telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat di balai Polis Putra Perdana yang terletak jauh di Taman Putra Prima.


👉 Kejadian ini seharusnya membuka mata semua pihak-pihak yang terlibat terutama Polis Taman Putra Perdana, Ketua Balai, Maljis Perbandaran Sepang, IPD Sepang & Ahli Majlis yang baru dilantik. Meraka tahu perkara buruk seperti ini akan terjadi apabila provokasi melampau dan amalan gengsterism hanya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan proaktif.


👉 Seharusnya mereka yang diberikan kuasa ini menjalankan tugas tanpa banyak berlengah, adil, tidak teragak2 dan saksama.


👉 Kedudukan balai polis yang terlalu jauh & diluar kawasan menyukarkan & melambatkan pemantauan keselamatan, seharusnya telah lama diperbaiki.


👉 Ada besar kemungkinan wujud amalan tidak sihat di kalangan pihak berkuasa, jika tidak mana mungkin banyak laporan-laporan yang telah dibuat sebelum ini keatas Sikh2 ini yang selalu buat hal, tidak mendapat perhatian sewajarnya.


👉 Juga diragui ada kemungkinan tangan-tangan dari pihak ketiga yang melindungi Sikh yang gengster-gengster ini yang menyebabkan mereka begitu berani mencabar kedaulatan undang-undang.


👉 Diharapkan seluruh penduduk Taman Putra Perdana lebih peka dalam hal elwal sesama kita, melaporkan sebarang kegiatan yang tidak sihat dan paling penting tidak bersekongkol dengan mereka2 yang sememangnya suka mencetuskan pergaduhan dengan pelbagai provokasi demi kebaikan bersama.


👉 Sebelum ini telah ada laporan-laporan dibuat kepada pihak polis, PBT dan Ahli Majlis tentang kegiatan Sikh bersaudara ini yang sengaja memonopoli ruang pakir sepanjang jalan disekitar bengkel mereka dengan meletakan berpuluh-puluh kereta rosak, untuk diperbaiki, double park, membaiki kereta di tengah jalan, menghalang trafik di waktu puncak ketika kanak2 pergi & balik sekolah dan menyebabkan keadaan kesesakan pada lalu lintas dan mencetuskan pelbagai kontroversi, namum tiada tindakan dari pihak berkuasa.


👉 Sikh bersaudara ini juga sukar ditegur dan sering menggunakan kata-kata kesat, mengancam & menimbulkan provokasi perkauman melampau seperti menghina orang melayu miskin. Namun pihak berkuasa masih lagi berat sebelah dan berdolak dalik dalam mengambil tindakan, malah mereka yang membuat laporan pula yang akan bermasalah walaupun berberapa bukti telah dikemukakan.


👉 Keadaan kereta-kereta buruk yang terbiar dengan cukai jalan tamat tempoh tidak seharusnya dibiarkan tersadai memenuhi ruang pakir awam. Selain menyusahkan orang ramai, mengundang wabak denggi, menyakitkan mata memandang dan diletakkan sengaja menghalang perniagaan orang lain, seharusnya diuruskan oleh pihak PBT tanpa banyak alasan & bertangguh. Juga PBT harus bertindak proaktif atas dasar menjalankan tugas mengikut SOP yg telah ditetapkan. Bukan tunggu hingga orang ramai buat aduan.


👉 Laporan pernah dibuat dimana Sikh bersaudara ini mengoyakkan stiker amaran tunda dari PBT yang jelas mencabar undang2 namun tiada tindakan dari pihak PBT sendiri.


👉 Seharusnya mereka yang bersikap gengsterism, pembuli, pencetus provokasi melampau dan tidak menghormati undang-undang, apalagi orang luar, dikeluarkan dari komuniti setempat bagi menjaga kesejahteran & keharmonian penduduk tanpa prejudis.


👉 Pihak berkuasa harus berani menghalang tindakan agresif dari gengster-gengster ini sebelum kejadian jenayah berlaku dan bukan hanya tunggu dan lihat.


👉 Pihak Polis & PBT seharusnya berganding bahu, bersama mengatasi masalah penduduk setempat. Bukannya menunding jari, siapa yang harus menjalankan tugas. Sudahnya kerja tak selesai, musibah pula yang menimpa. Sikap membiarkan bisul menjadi nanah, nanah menjadi kudis tidak seharusnya berlaku.


👉 Mana-mana pegawai berkuasa yang tidak berwibawa, tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan, banyak alasan, pusing-pusing cerita, sepatutnya dikeluarkan, & digantikan dengan mereka yang lebih berkaliber, jujur & ikhlas tanpa kepentingan politik & peribadi bagi menjaga kesejahteraan penduduk.


NETIZENS KECAM POLIS LAMBAT BERTINDAK

Di sosial media, kelihatan netizens mengkritik anggota polis yang terlibat sebagai gagal menanggani isu dan lambat bertindak.

Sesetengah netizens pula cuba mengupas isu tersebut dari sudut perkauman.

Sehingga artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya lebih dari 8,000 pengguna Facebook telah berkongsikan aduan tersebut. Dan setakat ini pihak polis belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung insiden tersebut.

Berikut dibawah adalah rakaman kejadian;