Ameer Corner Kantoi Lagi - Dapur kotor, Kambing Tak Halal, Ada Bungkusan Kuning, 3 Pemilik Sebenar Semuanya Bukan Islam..
Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula tu. Itulah nasib malang yang dihadapi oleh pemilik perniagaan, restoran Ameer Corner.
BACA : Pekerja AMEER CORNER DILEMPANG KERANA TEGUR PELANGGAN HISAP ROKOK TAPI NETIZENS TAK SIMPATI..
Bermula dengan kisah pekerjanya dilempang pelanggan berakhir dengan pendedahan yang mengejutkan.
Ini gara-gara apabila laporan polis yang tersebar mendedahkan pemilik sebenar Ameer Corner adalah seorang penganut Hindu. Ini bercanggahan sekali dengan apa yang cuba dibayangkan menerusi restoran milik lelaki itu.
Papan nama berbentuk kubah masjid, ada ayat-ayat Alquran dan bertulisan jawi diletakkan di dalam premis membayangkan pemiliknya adalah seseorang yang beragama Islam tetapi adalah sebaliknya.
Menurut siasatan awal, berdasarkan rekod SSM, restoran itu dimiliki oleh seorang hindu dan seorang mamak.
Namun siasatan lanjut dilakukan oleh blogger milosuam.net.
mendapati restoran itu didaftarkan atas perniagaan
Sri Muda Corner Holdings (M) Sdn Bhd (651691-A), ini katanya berdasarkan apa yang tertera di atas papan tanda perniagaan di restoran tersebut.
Lihat gambar;
Semakan di portal https://www.emis.com/ mengesahkan laporan itu yakni, pemilik perniagaan Sri Muda Corner dimiliki oleh tiga orang lelaki yang bukannya beragama Islam.
Dipercayai Krisnasamy adalah bapa kepada Thillai dan K. Thayalan.
Selain dianggap mengelirukan pelanggan, restoran tersebut juga mempunyai masalah lain yang serius.
Tempat memasak yang kotor, daging kambing yang diragui halalnya dan bahan masakan yang diletakkan di atas lantai, menunjukkkan restoran itu mempunyai masalah dari segenap segi.
Bacalah laporan lengkap hasil siasatan pihak berkuasa yang menyerbu restoran Ameer Corner dibawah ini;
Peringatan untuk umat Islam khususnya di Selangor.
Tarikh pemeriksaan: 6/1/ 2019
Tempat : Restoran Ameer Corner, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.
Anggota pemeriksaan :
1) 3 orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal, JAIS
2) 6 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor
Pp Ziyad
Pp Liyana
Ppp Shahrul Izuan
Pmp Tk Norazman
Pmp Amer
Pmp Firdaus
Pemandu - En Rahman
3) 4 orang Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS
Ringkasan keterangan siasatan :
Pemeriksaan bersepadu telah dijalankan di Restoran Ameer Corner di Shah Alam pada jam 11.00 pagi berdasarkan atas maklumat yg tular di laman sosial (whatsapp) dan facebook ke atas premis yg pemiliknya bukan islam tetapi mengelirukan masyarakat islam dengan menggantung ayat-ayat al- quran.
Hasil pemeriksaan mendapati :
1) merujuk kepada SSM premis mendapati premis dimiliki oleh 2 pemilik iaitu seorang beragama Islam dan seorang beragama Hindu.
2) kesemua pekerja beragama Hindu termasuk tukang masak dan hanya 2 pekerja Islam.
3) kebersihan premis di tahap sangat tidak memuaskan dan terlalu kotor di bahagian pemprosesan.
4) bahan mentah, pingan mangkuk, bekas minuman, peralatan memasak diletakkan terus di atas lantai.
5) lantai berlubang dan pecah. Juga terdapat lubang terus ke longkang di bahagian dapur.
6) lantai terlalu berminyak dan tidak mempunyai gris trap.
7) kebanyakan peralatan di dapur terlalu kotor dan berdaki.
8) Produk daging kambing didapati daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel.
9) papan tanda premis menggunalan tulisan jawi (mengelirukan).
10) menjual rokok di kaunter.
11) menggantung ayat Quran di belakang kaunter dan disebelah ayat Quran terdapat bungkusan kuning yang tergantung dipercayai (pooja) iaitu alatan untuk upacara sembahan.
12) menggunakan produk yang menggunakan logo halal yang tidak sah di kawasan proses.
13) menjual produk makanan yang menggunakan logo halal generic.
Semasa pemeriksaan telah mendapatkan keterangan daripada seorang pengurus premis. Kedua-dua pemilik tiada di premis.
Tindakan penguatkuasaan ;
1) wakil premis diarahkan untuk menutup tulisan jawi pada papan tanda premis.
2) wakil premis diarahkan serta merta untuk tidak menjual produk makanan yang menggunakan logo halal generic.
3) premis diarahkan untuk menurunkan dan tidak menggunakan ayat quran di premis sehingga memiliki sijil halal.
4) premis diarahkan untuk mendapatkan pembekal daging yang mempunyai sijil halal.
5) perkara 1 hingga 4 perlu dipatuhi dalam tempoh 7 hari dan jika gagal tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan(Takrif Halal) APD 2011 akan diambil.
6) pemilik premis diarahkan hadir ke Bahagian Pengurusan Halal JAIS pd 7/1/19 untuk memberi keterangan.
7) tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina untuk tindakan pendakwaan.