Jangan Tegur Perkara Yang Tidak Pasti Takut Nanti Kita Yang Mendapat Dosa..
Oleh : Fadhli Sahar
"Jangan tegur perkara yang kita tak pasti nanti kita yang mendapat dosa"
Seorang penceramah berpesan kepada kami suami isteri.
Sebelum saya dan isteri melanjutkan pelajaran ke Scotland, kami pergi sebanyak ceramah agama untuk mendalamkan pengetahuan kami tentangnya.
Sebagai contoh solat pada musim sejuk (kerana Zuhur dan Asar yang singkat dan jadual belajar yang padat), berpuasa pada musim panas (siang yang panjang - ada kawasan tiada malam), berwuduk dikawasan salji (dikhuatiri hiporthermia), menyewa rumah orang bukan Islam (dikhuatiri penyewa sebelum membela anjing) dan sebagainya.
Alhamdulillah kami faham serba sedikit tentang kemudahan Islam yang diberikan olehNya. Kadang tu kalau ada yang kami was was, kami kembali kepada yang asas sahaja.
Dan apabila kami menetap disana bermacam-macam edisi ajaran yang kami jumpa seperti berpuasa di musim panas boleh mengikut tempoh berpuasa seperti di Mekah.
Zaman saya disana, kami berpuasa pada musim panas. Dalam 17 ke 19 jam berpuasa. Kami tidak pasti tentang hukum berpuasa ikut tempoh masa di Mekah tetapi ada kawan kami praktikkannya. Kami tidak kisah kami hormatinya sahaja. Kami ikut waktu berpuasa dari terbit matahari hingga terbenamnya. Kami teringat pesan ustaz ceramah agama jangan tegur kalau tak pasti hukumnya.
Masa kami belajar agama, masa musim sejuk, lagi lagi salji kami dibenarkan berwuduk dengan khuf jika takut diserang hipothermia. Namun, isteri saya tetap membasahkan kakinya, saya wuduk dengan khuf. Isteri saya tidak pula menegur saya kerana tak pasti dibenarkan atau tidak. Seperti yang kami belajar ia dibenarkan kepada musafir sahaja. Tapi tak pasti pula.
Di Oman, isteri saya ada pesan, mereka solat disini tiada qiam (meletakkan tangan di perut selepas takbir). Jadi jangan tegur solat mereka tak sah. Kita ikut cara kita. Maka apabila saya berhenti solat jamak di salah sebuah masjid mereka, mereka tidak pula menegur saya solat dengan qiam padahal mereka hanya berdiri tangan rapat ke peha selepas takbir.
Kami merentas negara ke Dubai dengan menaiki kereta tetapi dipandu oleh penduduk tempatan (Omani). Perjalanan melebihi 6 jam. Selesai makan tengahari saya minta masa untuk jamak taqdim. Saya pelik dia tidak pula jamak bersama. Mungkin jamak takhir agaknya. Sampai maghrib dia tidak pula berhenti untuk solat. Apabila saya tanya, dia kata dia boleh jamak kelima lima solat dalam satu masa. Saya senyap sahaja sebab saya tak pasti hukumnya.
Semasa saya bekerja diluar negara, saya terlihat sepasang suami isteri solat bersama. Si suami mencium dahi si isteri sebelum mereka solat bersama. Dan isterinya solat disebelah kanan imam. Seolah-olah seperti makmum lelaki. Saya hairan kerana jika diikutkan sentuhan suami isteri membatalkan wudu dan kedudukan wanita disebelah kiri imam jika menjadi makmum. Namun, saya senyap saya tak pasti apa hukumnya. Silap-silap saya yang salah.
Apabila kita di negara bukan Islam, KFC atau MacD pun kita akan tanya samada halal atau tidak. Rakan universiti saya di Aberdeen dahulu adalah seorang muslim Indonesia. Dia juga solat dan berpuasa di bulan Ramadhan. Namun, apabila bab makan, katanya janji bukan babi, baca bismillah dan makan sahaja. Ya, saya ada tanya beliau pasal sembelih tapi dia jawab di Indonesia Islamnya membenarkan makan tanpa ada kelulusan halal. Janji bukan makan babi, anjing dan sebagainya. Saya senyap sahaja. Saya hormati beliau.
Kawan,
Selepas wafatnya Baginda Rasulullah, Islam berpecah kepada beberapa ajaran. Perbezaan pendapat dan kegilaan kuasa menyebabkan agama Islam menjadi banyak cabang. Hanya Al Quran dan Sunnah diwariskan kepada ummatnya.
AlQuran dibela oleh Allah namun sunnah menjadi masalah kepada orang Islam kerana ia bergantung kepada Hadith. Ia boleh dibuat-buat atau dipadamkan atau ditukar seperti kitab Injil ke Bible. Oleh kerana itu, ia dipantau oleh satu organisasi yang mengesahkan hadis-hadis yang keluarkan oleh manusia.
Sebenarnya kita tidaklah digalakkan menegur sesuatu yang diluar kepakaran kita lagi lagi bab agama. Sepanjang pengajian saya, Islam terpecah kepada 7 ajaran selain Sunnah dah Syiah. Kesemuanya percaya Allah adalah Tuhan yang Esa tetapi berbeza amalannya.
Di Malaysia kita mengamalkan ajaran Imam Syafie tetapi jangan lupa diluar sana ada yang mengamalkan Imam Hanafi, Hanbali dan Imam Maliki. Ajaran mereka pun betul juga cuma berlainan cara dan amalnya.
Oleh sebab itu kita tidak digalakkan bercakap apa-apa diluar kepakaran kita. Kita boleh bertanya dan kita boleh berbincang dan tetapi kita tidak boleh label mereka itu salah. Setiap orang ada rujukan mereka sendiri.
Belajar hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika kita rasa cara mereka salah, mereka pun akan fikir cara kita juga salah. Lama-lama kita berpecah belah. Mudah untuk musuh datang mencelah. Lepas tu kita salahkan orang lain kerana mereka Islam berpecah
Jadi adalah lebih baik kita diam dari berbicara tanpa apa-apa ilmu didada. Disarankan menambah ilmu sebanyak-banyaknya kerana satu masa nanti disebabkan ilmulah kita lebih banyak berdiam dan memberi dari menghina.