Bahaya Headband Pada Anak..
Oleh : Taufiq Razif
Bahaya betul!
Baru ni isteri saya ada belikan headband ni untuk Aesha Soolihah yang baru je nak masuk umur 6 bulan.
Saje dia beli untuk hias kepala anak. Tapi saya tahu, benda ni nampak je comel tapi boleh jadi alat pembunuh kalau tak dipantau.
Jadi saya sengaja pantau dari dekat si Aesha Soolihah yang tengah pakai headband tu. Saya perhati je anak saya yang tengah baring kat katil tu.
Tiba-tiba, mungkin kerana kepanasan dia pun capai rambutnya untuk digaru dan digosok gosok. Dalam hati saya kata " Eh bahaya ni!".
Dan memang apa yang saya rasakan tu jadi kenyataan. Ketika anak saya ni garu garu rambutnya, dia tertarik sekali headbandnya ke bawah dan headband di kepala tu terus jatuh ke bahagian leher dan terus menjerut lehernya!
Fuh!
Bayangkan apa yang jadi kalau saya takde ilmu tentang bahaya headband ni? Saya ambil gambar ni sebab saya nak tunjuk kat mak ayah semua tolong la berhati hati dengan headband ni. Memang dah ada kes bayi yang meninggal terjerut headband pun sebelum ni.
Kepada mak ayah semua, tolong sebarkan benda ni pada mak ayah yang belum tahu ye
p/s : ni lah antara sebab saya suka kongsi ilmu parenting di telegram saya. Ilmu parenting yang nampak remeh pun boleh selamatkan nyawa anak kita insyaAllah. Klik link ni untuk join belajar ilmu parenting setiap hari ye 👉 t.me/NotaTaufiqRazif